Info Berkaitan Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 : Untuk Makluman Penduduk Kota Iskandar Sahaja:

Tulisan ini bukan Hebahan Rasmi hanyalah sekadar maklumat dari penulis.

Hebahan Ini adalah untuk maklumat penduduk di DUN Kota Iskandar Sahaja.

Jika Tuan/Puan berada selain di DUN Kota Iskandar Sila rujuk kepada Pusat Khidmat DUN berhampiran tempat tinggal anda untuk Buat Permohonan.

Kerajaan Negeri Johon telah melancarkan bantuan kepada rakyat Negeri Johor yang terkesan akibat wabak pendamik COVID-19 ini. Bantuan ini dinamakan Bantuan Ihsan Johor

Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM 250 – RM 500 mengikut kriteria yang yang telah ditetapkan.

Kumpulan sasaran adalah seperti berikut:

Sila hubungi wakil Pusat Khidmat DUN atau Ajen-ajen yang terdekat untuk membuat Permohonan:

  1. Pegawai Pusat Saluran Bantuan Ihsan Covid 19 DUN Kota Iskandar : Klik Sini
  2. Senara Nama Ketua Kampung Daerah Johor Bahru : Klik Sini
  3. Senari Nama Penghulu Parlimen Iskandar Puteri : Klik Sini
  4. Luar Kawasan DUN Kota Iskandar: Klik Sini

Berikut Merupakan Kawsan Dibawah DUN Kota Iskandar:

  1. Mutiara Rini
  2. Kangkar Pulai
  3. Pertanian
  4. Kebangsaan
  5. Lima Kedai
  6. Gelang Patah
  7. Sungai Melayu
  8. Kampung Pulai
  9. Tebing Runtuh
  10. Pendas
  11. Tiram Duku
  12. Tanjung Kupang
  13. Kampung Pok
  14. Desa Paya Mengkuang
  15. Kampung Pekajang
  16. Simpang Arang
  17. Taman Universiti
  18. Pulai Utama
  19. Pulai Indah
  20. Pulai Perdana
  21. Nusa Perintis
  22. Taman Nusantara
  23. Perumahan Iskandar
  24. Eco Garden
  25. Taman Teratai

Penduduk DUN Kota Iskandar salurkan maklumat anda di sini:

<<<<< Klik Sini Untuk Salurkan Maklumat Penduduk DUN Kota Iskandar>>>>

Jika anda bukan penduduk DUN Kota Iskanda , Sila rujuk ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tempat tinggal anda untuk membuat permohonan.

<<<<< Klik Sini Untuk Senarai Ajen DUN Negeri Johor >>>>>>>>

Secara ringkas, maklumat yang diperlukan adalah seperti beriku:

Maklumat Ketua Isi Rumah / Pemohon

Nama :
No Kad Pengenalan :
No Tel:
Status Perkahwinan:
Tarikh lahir :
Negeri kelahiran :

Alamat Lengkap:

Maklumat Pekerjaan
Pekerjaan :
Pendapatan:

Maklumat Pasangan
Nama:
No Kad Pengenalan:
No Tel:

Maklumat Akaun Bank

Nama Bank:
No akaun:

Tanggungan Pemohon:

Jumlah tanggungan:

Hantar Borang yang lenagkap kepada Pusat Khidmat DUN
Salurkan Sumbangan Anda Kepada Yang Memerlukan

JOHOR BAHRU, 17 April – Kerajaan Negeri Johor akan memberikan bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pemberian bantuan yang turut meliputi golongan M40 itu akan dilaksanakan mulai minggu depan.

“Bagi melaksanakannya, pusat maklumat Ihsan Johor memerlukan setiap pemohon untuk menyatakan latar belakang sama ada mereka bekerja sendiri, diberhentikan kerja atau mempunyai tanggungan ramai.

“Berdasarkan maklumat yang dibekalkan ini, mereka akan diberi pemarkahan untuk melayakkan mereka menerima RM250 ataupun satu jumlah yang lain,” katanya dalam bicara berhubung Inisiatif Johor Memerangi COVID-19 yang disiar secara langsung menerusi laman Facebook rasmi UMNO Online, hari ini.

Hasni berkata setiap pemohon juga diperlukan menyatakan kaedah bantuan tersebut disampaikan bagi memudahkan pihaknya melaksanakan pemberian tersebut.

“Ini termasuk sama ada mahu kami (Kerajaan Negeri Johor) buat melalui akaun-akaun bank yang dimaklumkan ataupun sekiranya tidak mempunyai akaun bank, mereka bolehlah berurusan dengan Pejabat Daerah melalui penghulu atau ketua kampung untuk mereka menerima bantuan yang ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, bagi menjaga kebajikan golongan peniaga kecil seperti pengusaha Bazar Ramadan pula, pihaknya turut akan menyediakan geran galakan sebanyak RM200 seorang kepada golongan terbabit bagi memastikan mereka berupaya memasarkan produk secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Untuk membantu mereka, kerajaan negeri telah melantik dua syarikat yang akan menyediakan platform untuk berniaga dalam talian. Setiap syarikat ini akan membantu dari segi aspek pemasaran dengan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya peniaga ini dapat terus berniaga di kawasan masing-masing.

“Maklumat mengenainya (geran dan penyedia platform niaga dalam talian) boleh diperoleh daripada laman sesawang PBT masing-masing. Mereka juga akan dihubungi oleh penyedia platform ini kerana mempunyai data pendaftaran bersama PBT,” katanya. – BERNAMA

Rujukan lain:

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/74641

14 Replies to “Info Berkaitan Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 : Untuk Makluman Penduduk Kota Iskandar Sahaja:”

Leave a Reply