CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

 Anak-anak sila ambil perhatian. Anda kini boleh buat permohonan bantuan bulanan warga emas sebanyak RM350. Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

Kelayakan bantuan RM350 untuk Warga Emas

Sebelum memohon bantuan orang tua ini, sila baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara
  • Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysi
  • Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM
  • Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

Apa-apa pun, jika tidak menepati kelayakan di atas, masih layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Namun hanya mana-mana kes yang berkeperluan.

CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

Cara memohon Bantuan Warga Emas

Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua boleh dibuat dengan menghubungi dan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Kami sarankan anda download dan isi borang permohonan bantuan JKM siap-siap.

Sebaik-baiknya, pada pendapat kami, permohonan bantuan Warga Emas ini dibuat secara online melalui sistem eBantuanJKM.

Berikut ialah cara untuk melihat pertimbangan pemberian bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakt sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sni: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuanJKM
  3. Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  4. Sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan
  5. Klik butang Daftar Permohonan
  6. Pilih Negeri
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang
  8. Contohnya: 60010145555 dan bukannnya 600101-14-5555
  9. Klik butang Daftar
  10. Isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
    1. Isi Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan
    2. Isi Pendapatan Isteri / Suami
    3. Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
    4. Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain)
    5. Masukkan lain-lain pendapatan
    6. Masukkan maklumat pemilikan kereta
    7. Tick jika ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
    8. Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond
  11. Lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
  12. Tekan butang Keputusan
  13. Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, sila hubungi JKM untuk maklumat lanjut
    1. Nombor telefon: 03 – 8000 8000
    2. Email: helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my
    3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18 , No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

Sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Sila ambil maklum bahawa pemohon atau wakil dikehendaki hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam sistem eBantuanJKM.
  • Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
  • Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen yang perlu disediakan untuk bantuan bulanan RM350

  1. Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
  2. Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah
  4. Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan
  5. Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *