Semoga Kita Menjauhi Sifat Sifat Buruk Ini

Mukmin Tidak Bersikap Buruk

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.” (HR Tirmizi No: 1900) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:

a. Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).

b. Suka melaknat

c. Suka berperilaku keji (berperangai buruk)

d. Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)

2. Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan.

3. Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Jangan Mudah Mengeluarkan Kata Kata Kesat

Mukmin Tidak Akan Melaknat

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَكُونُ الْمُؤْمِنُ لَعَّانًا

Dari Ibnu Umar RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak boleh seorang mukmin menjadi orang yang suka melaknat.” (HR Tirmizi No: 1942) Status: Hadits Hasan

Pengajaran:

1. Dalam menuturkan kata-kata mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan perlu sentiasa berhati-hati.

2. Seorang mukmin hanya akan menuturkan mahupun menulis sesuatu yang benar dan baik.

3. Seorang mukmin tidak boleh mencaci mahupun menyumpah laknat atau mendoakan keburukan ke atas orang lain.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: Barangsiapa yang melaknat seorang muslim maka dia seperti membunuhnya, kerana jika dia melaknatnya maka seakan-akan dia mendoakan kebinasaan atasnya.

4. Abu Ad-Darda RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا

“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tertutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, dia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.” (HR Abu Daud No: 4905) Status: Hadis Sahih

Semoga kita tidak memperkatakan atau medoakan serta menulis, sesuatu yang buruk dan menghina serta melaknat orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Berkualitikah Sedekah Jariah Kita? Cuba Semak

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2. Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari hartanya walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar.

3. Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti.

5. Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Perkara Perkara Yang Dilarang Kepada Meraka Yang Hendak Berkorban

Larangan Memotong Kuku dan Rambut Peserta Korban

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban).” (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2. Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain.” (Syarah Muslim Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)

3. Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: “Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4. Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah bagi peserta korban sehingga ibadat korban dilaksanakan.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

[WD_FB id=”1″] [WD_FB id=”2″]

Manfaat Berkasih Sayang Kerana Allah Serta Balasan Di Akhirat Nanti

Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.” (Sahih Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

[WD_FB id=”1″]

Penambahbaikan Infrastruktur Kampung

Alhamdulillah

Sedikit penambahbaikan jalan penghubung sekitar kampung. Semoga memudahkan urusan penduduk.

Insyaallah dengan usaha dan kerjasama semua pihak usaha kita akan dipermudahkan.

Terus berusaha bersama saya.

Terima Kasih

Ramzan Johari

Ketua Kampung Tanjung Adang

Tajung Adang Forest City Park @ Surau Kampung Tanjung Adang

Majlis Penyerahan Tanjung Adang Forest City Park @ Surau Tanjung Adang

Alhamdulillah, Taman ini telah siap dibangunkan sebelum Ramadhan dan diserahkan kepada MAIJ pada 23 Jun 2019.

Sumbangan Forest City

Pihak Forest City Contry Garden Pasific View Sdn Bhd berbesar hati menjayakan program CSR bernilai RM 250,000 dengan membina taman rekreasi yang dinamakan “Tanjung Adang Forest City Park” di kawasan Tanah Wakaf Surau Kampung Tanjung Adang milik Majlis Agama Islam Johor.

Laluan trek pejalan kaki dengan panjang lebih kurang 250 meter dikelilingi pokok bunga hiasan, pokok herba dan pokok buah buahan dan 2 buah gazebo bersaiz sederhana menjadi penyeri sekitar kawasan surau.

YB Sr. Tn. Hj Dzulkefly Ahmad

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor telah merasmikan Majlis Penyerahan pada 23 Jun 2019 bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang 2019

Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang 2019

Turut hadir menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang Tajaan Forest City Contry Garden Pacific View Sdn Bhd

  1. Yb Sr. Tn Hj Dzulkefly Ahmad dan Isteri
  2. Wakil Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru Tn Hj. Musa Abdul Wahab
  3. Penghulu Mukim Tanjung Kupang Tok Hairul Hamid
  4. Ketua Kampung Tanjung Adang En Mohd Ramzan Johari
  5. Wakil Forest City Mr Ng Zhu Hann
  6. Wakil Forest City Pn. Wan Azlaiha
  7. Ketua Ketua Kampung Mukim Tanjung Kupang
  8. Pengetua dan Guru Besar, Guru-Guru Sekolah Mukim Tanjung Kupang.
  9. Rakan Rakan Media Utama

Hari Raya 2019

Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dana bicara dan perbuatan sepanjang menguruskan Kampung Tanjung Adang

Samada sengaja dan tidak sengaja sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk adalah kealpaan diri saya.

Semoga Hari Raya menjadi medan menghubungkan ukhuwah kita sesama umat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN