Road To Be Postgraduate Student

Ramzan Masuk Sekolah Semula

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk bergelar pelajar semula. terima kasih kepada Nazarina aka Zarine Erina aka Isteri aka Mama, Eva Surihani, Ezra Sufi, Ericca Safiya dan seluruh ahli keluarga beri peluang papa belajar lagi, Semoga pengorbanan kalian memberi maanfaat kepada kita semua.

Mohon doakan yang terbaik buat saya agar saya dapat tempuh usaha dan cabaran ini sebaik baiknya.

LAST PAPER

September 2012 –  September 2017

Alhamdulillah… bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rahmat dan kurnia dapat juga menghabiskan program 5 tahun dengan UTM. Berkat kesabaran dan usaha selamat semuanya.

Semalam merupakan peperiksaan terakahir bagi melayakkan saya bergelar garduan UTM. Bermula September 2012, tamat juga pada bulan September selepas 5 tahun.

Jalan ni sering dilalui bermula tahun 2014 apabila fakulti baru siap dibina… setiap kali hujung minggu disini la tempat saya menuntut ilmu.

Semoga Ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada saya dan dan lain lain…

Technographic Segmentation

Ni kajian orang orang cerdik pandai dalam mengkaji segmen segmen bakal pelanggang yang ade, Innovative produk ni tahap penerimaanye lain sikit dari produk consumer. 
Nanti ade mase aku hurai lebih sikit. Park dulu kasi ni. ?

Marketing Innovative Product

Hari ni diamanahkan oleh ahli kumpulan “Geng Kucing” untuk bentangkan hasil carian kami mengenai produk innovasi yang terdapat dipasaran.

Hari ni ntah kenape Mc book ni buat hal. Dia bagi projection terbalik. Kesian kawan kawan kecikkan mata nak tengok slide.
Tq pada kawan kawan sebab tak tanya soklan yang susah susah

PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

BORANG KAJI SELIDIK
TAJUK KAJIAN: 

Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan “Facebook Page” di Kalangan SME ( IKS )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan “Facebook Page” bagi sesebuah organisasi serta menkaji kesan – kesan penggunaannya.
Sila jawab semua soalan di dalam borang kaji selidik yang telah disediakan. Prosess ini akan mengambil masa 10 minit sahaja untuk disiapkan.
Saya berharap tuan/puan dapat memberikan jawapan yang ikhlas dan benar untuk saya menyempurnakan kajian ini dengan jayanya.
Segala maklumat yang diberikan oleh organisasi tuan/puan adalah sulit dan ianya hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.
Kerjasama daripada organisasi tuan/puan, serta masa yang akan diluangkan dalam memberikan jawapan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Oleh:
Mohd Ramzan Bin Johari
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
Fakulti Pengurusan
Universiti Teknologi Malaysia
+60167707080

ramzanjohari.mrj@gmail.com
Sila klik pada pautan dibawah untuk mula menjawab kaji selidik ini.