PERMOHONAN BANTUAN SEGERA PERUBATAN
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Bantuan segera perubatan ini adalah kepada mereka yang terjejas pendapatan serta bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Permohonan bantuan ini dikhususkan kepada bantuan perubatan yang memerlukan pembiayaan atau rawatan segera bagi menjaga Maqasid Syariah.
Jenis bantuan yang ditawarkan :
- Bantuan Pembedahan Fistula
- Bantuan Dialisis
- Bantuan Perubatan Pelbagai (Pembelian pampers, susu dan kos perubatan sahaja.
Syarat kelayakan permohonan bantuan segera perubatan:
- Beragama Islam.
- Warga negara Malaysia
- Hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3
tahun. - Berpendapatan bulanan tidak mencukupi Had Al Kifayah.
- Tidak mempunyai wang simpanan.
- Disahkan oleh Pegawai Perubatan daripada hospital kerajaan menghidap penyakit yang memerlukan rawatan.
Bantuan ini diutamakan kepada individu yang layak sahaja dan yang tidak menerima bantuan kewangan bulanan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Borang Permohonan (Online) Mengikut Daerah:
Pemohon perlu memiliki akaun e-mel yang didaftarkan di google mail (gmail) bagi kemudahan borang permohonan tersebut.
JOHOR BAHRU
https://forms.gle/ncYcbziRrQCwjgCN7
MUAR
https://forms.gle/YmSNQKHVfhYsQDs29
BATU PAHAT
https://forms.gle/jpQxKUUSEVRB46aN7
KLUANG
https://forms.gle/zdoWxf5zb5RvB45c6
KULAI
https://forms.gle/NY8qxZH2Ujqg7QKW7
TANGKAK
https://forms.gle/uCUhw4M1i24oSFjr9
KOTA TINGGI
https://forms.gle/6ZntytPpHxUUxfke7
MERSING
https://forms.gle/VFV5BJGJxG4bdhLN8
PONTIAN
https://forms.gle/RuoxG2gseiY8Q4up8
SEGAMAT
https://forms.gle/1tpPVngBvX9UXVx36
