Jangan Mudah Mengeluarkan Kata Kata Kesat

Mukmin Tidak Akan Melaknat

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَكُونُ الْمُؤْمِنُ لَعَّانًا

Dari Ibnu Umar RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak boleh seorang mukmin menjadi orang yang suka melaknat.” (HR Tirmizi No: 1942) Status: Hadits Hasan

Pengajaran:

1. Dalam menuturkan kata-kata mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan perlu sentiasa berhati-hati.

2. Seorang mukmin hanya akan menuturkan mahupun menulis sesuatu yang benar dan baik.

3. Seorang mukmin tidak boleh mencaci mahupun menyumpah laknat atau mendoakan keburukan ke atas orang lain.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: Barangsiapa yang melaknat seorang muslim maka dia seperti membunuhnya, kerana jika dia melaknatnya maka seakan-akan dia mendoakan kebinasaan atasnya.

4. Abu Ad-Darda RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا

“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tertutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, dia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.” (HR Abu Daud No: 4905) Status: Hadis Sahih

Semoga kita tidak memperkatakan atau medoakan serta menulis, sesuatu yang buruk dan menghina serta melaknat orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *