Sumbangan Dana Pembangunan Surau DUN Kota Iskandar

Mewakili Pengerusi Surau Kampung Tanjung Adang

20 Feb 2020, Rabu, Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar. Alhamdulillah dan syukur diberi kesempatan mewakili AJK Surau Kampung Tanjung Adang menerima sumbangan sebanyak RM 5,000 yang disampaikan oleh YB Sr. Dzulkefly Ahmad, Exco Perumahan Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor dan Adun Kota Iskandar di Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar.

Mewakili pihak Surau Kampung Tanjung Adang kami merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatinan YB atas mempertimbangkan permohonan ini.

AJK surau dalam cadangan membina sebuah mimbar bagi mengantikan minbar sedia ada yang usang.

Sebelumnya Surau Kampung Tanjung Adang siap di tambahbaik pada bulan Desember 2019, bernilai RM 200,000 oleh KPLB juga merupakan hasil perbincangan YB dengan MPKK Kampung Tanjung Adang semasa beliu memegang potfolio Exco Luar Bandar Negeri Johor.

Semoga Kampung Tanjung Adang terus membangun seiring pembangunan sekitarnya.

Hari Bertemu Masyarakat

YB Dzulkefly Ahmad ADUN Kota Iskandar meluangkan masa pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi membolehkan penduduk yang berkesempatan untuk hadir ke Pusat Khidmat Dun Kota Islandar

Dalam kesibukan beliau pada hari-hari biasa beliau meluangkan masa hujung minggu beliau untuk bertemu penduduk yang berkelapangan di PUSAT KHIDMAT DUN.

Anda boleh berjumpa secara terus dengan beliau di:

PUSAT KHIDMAT DUN KOTA ISKANDAR

11A Jalan Utama 34,

Taman Mutiara Rini

81300 Skudai Johor

Sekiranya anda tidak berkesempatan dan ingin menyampaikan maklumat anda boleh juga berhubung dengan wakil-wakil beliau pada bila bila masa

Ketua Kampung Tanjung Adang

Pusat Khidmat DUN ini sentiada terbuka untuk bertemu dengan penduduk setiap masa.

Pegawai pegawai khas serta pengurus Pusat Khidmat DUN sentiasa ada di pejabat menerima kunjungan tuan puan.

Ketua-ketua kampung sentiasa terbuka untuk mendengar permasaalahan tuan puan

https://ramzanjohari.com/senarai-no-telefon-ketua-kampung-parlimen-iskandar-puteri/

Klik link untuk dapatkan senarai lengkap Ketua Ketua Kampung

Jelajah Muafakat Iskandar Puteri

Pelepasan perlumbaan Iskandar Puteri Muafakat Fun Race 2020 jam 8:00 pagi, 15.02.2020 | Sabtu akan disempurnakan oleh YB Sr Hj Dzulkefly Ahmad. Exco Perumahan, Komunikasi & Multimedia merangkap Adun N49 Kota Iskandar

Denai Nusantara Apartment
Persiaran Denai, Taman, Denai Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor

07-277 3748

https://maps.app.goo.gl/g8o6WwJ5ZUQ4d8679

Permohonan MySalam

Mulai hari ini, Skim MySalam dibuka untuk bukan penerima Bantuan Sara Hidup.

Syaratnya adalah:

Pendapatan tahunan adalah RM 100,000 kebawah atau RM 8,300 Sebulan

Klik link dibawah ini untuk isi borang permohonan atas talian:

<<<Klik sini untuk isi borang permohonan>>>

https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=register_BM

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Maklumat Lanjut

Bacaan Selepas Azan Menghapus Dosa

Bacaan Selepas Azan Menghapus Dosa

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda, “Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan: (aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku reda sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamaku), maka dosanya akan diampuni.” (HR. Muslim no : 579) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Antara adab selepas azan dilaungkan ialah berselawat dan berdoa.
  2. Kita juga disuruh membaca syahadah selepas azan . Lafaz syahadah tersebut:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا

  1. Sesiapa yang selepas mendengar azan membaca syahadah di atas akan diampunkan dosa-dosanya.

Ayuh kita sempurnakan jawapan azan dengan membaca lafaz syahadah disamping selawat dan doa.

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Keutamaan Orang Berselawat

Keutamaan Orang Berselawat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR at-Tabrani No: 9679) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang dituntut.
  2. Mukmin yang paling utama akan bersama Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti adalah yang paling banyak berselawat ke atas baginda.
  3. Antara ucapan selawat ke atas Nabi SAW adalah Selawat Ibrahimi seperti disebutkan dalam hadis:

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِي مَجْلِسِ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَقَالَ لَهُ بَشِيرُ بْنُ سَعْدٍ أَمَرَنَا اللَّهُ تَعَالَى أَنَّ نُصَلِّيَ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ قَالَ فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى تَمَنَّيْنَا أَنَّهُ لَمْ يَسْأَلْهُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَالسَّلَامُ كَمَا قَدْ عَلِمْتُم

Dari Abu Mas’ud al-Anshari dia berkata, “Rasulullah SAW mendatangi kami sedangkan kami berada dalam majlis Saad bin Ubadah, maka Basyir bin Saad berkata kepadanya, Allah memerintahkan kami untuk mengucapkan selawat atasmu wahai Rasulullah, lalu bagaimana cara berselawat atasmu? Perawi berkata, “Lalu Rasulullah SAW diam hingga kami berangan-angan bahawa dia tidak menanyakannya kepada baginda. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Muslim No: 613) Status: Sahih

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Keutamaan Berselawat Dalam Suatu Majlis

Keutamaan Berselawat Dalam Suatu Majlis

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi No: 3468) Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

  1. Majlis yang diberkati, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW
  2. Berselawat sekali apabila berada dalam satu majlis atau program mencukupi bermaksud sangat mudah untuk dilakukan tetapi memiliki pahala yang sangat besar

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata:

مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً, فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.

“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh selawat, maka perbanyaklah seorang hamba dalam membacanya.” (Al-Musnad Imam Ahmad X/106-107 No. 6605) Status: Hadis Hasan

  1. Memperbanyak selawat pada bila-bila masa amat digalakkan

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Pukulan Api Neraka Untuk Mereka Yang Menyembunyikan Ilmu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyembunyikan Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat.” (Abu Daud No: 3173) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

  1. Ilmu bermanfaat yang ada pada seorang mukmin sama ada ilmu agama atau ilmu keduniaan, perlu disebarkan atau disampaikan untuk manfaat orang lain.
  2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan menjadi bekalan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia
  3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu yang benar serta menyembunyikannya dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan dihukum di akhirat nanti.
  4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang diperlukan oleh orang lain.

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.

Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

09hb Januari 2020
13hb Jamadil Awal 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Keutamaan Alim Dari Abid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Alim Dari Abid

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Daripada Abu Umamah Al Bahili RA ia berkata; “Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang lagi yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, ” kemudian baginda melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Kedudukan orang yang berilmu yang beramal adalah lebih baik berbanding seorang ahli ibadah yang tidak berilmu.
  2. Perumpamaan orang berilmu seperti kedudukan Rasulullah, berbanding seorang abid hanya umpama orang kebanyakan yg paling rendah.
  3. Orang berilmu yang mengajarkan ilmu kepada orang lain akan didoakan oleh penduduk langit dan bumi termasuk semut dan ikan di lautan.
  4. Alangkah beruntungnya ilmuan yang beramal dan mengajar kepada orang lain. Kata Al Fudlail bin Iyadl; “Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan disebut-sebut oleh para Malaikat yang ada di langit.”

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan berilmu dan beramal dengannya. Ingatlah pesanan Saidina Muadz bin Jabal RA:

“Pelajarilah ilmu, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah (rasa takut), menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyerahkannya kepada ahlinya adalah sebagai taqarrub. Dia (ilmu) teman dekat ketika bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Gambaran Hukuman Orang Yang Sombong Di Akhirat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gambaran Orang Sombong Di akhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya dari nabi SAW bersabda: “Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal.” (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sombong adalah sifat syaitan yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru

3. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

4. Orang yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor