Permohonan MySalam

Mulai hari ini, Skim MySalam dibuka untuk bukan penerima Bantuan Sara Hidup.

Syaratnya adalah:

Pendapatan tahunan adalah RM 100,000 kebawah atau RM 8,300 Sebulan

Klik link dibawah ini untuk isi borang permohonan atas talian:

<<<Klik sini untuk isi borang permohonan>>>

https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=register_BM

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Maklumat Lanjut

Peralatan dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar:

  • Telefon Bimbit
  • Kemudahan Internet
  • Gambar IC (Pastikan Gambarnya Jelas dan Terang)

Cara Cara Mendaftar Menggunakan Telefon Bimbit:

  • Dengan menggunakan telefon bimbit anda, ambil gambar hadapan Kad Pengenalan anda
  • Pergi ke portal MySalam

<<<Klik sini untuk isi borang permohonan>>>

  • Masukkan maklumat yang diperlukan:
  • Tekan butang (Browse) pilih gambar ic anda ambil dan pilih (pastikan gambar jelas)
  • Tick pada butang yang terdapat pada PENGISYITIHARAN DAN PERSETUJUAN
  • Dan akhir sekali, tekan butang (Hantar / Submit)
  • anda akan dapat notifikasi jika permohonan anda berjaya dihantar

Ya selesai sudah permohonan… Mudahkan… Selamat Mencuba

Bantuan Kerajaan Malaysia Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA
PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)
Untuk Para Peniaga, Petani & Pengusaha Luar Bandar

KINI DIBUKA..

Geran Sehingga RM10,000-00 Disediakan Oleh Kementerian Pembagunan Luar Bandar (KPLB)

Dapatkan Borang Di : GIATMARA, KEMAS, KEDA, KEJORA, KERDA, PERDA, KETENGAH, KESEDAR & PERBADANAN LABUAN

Atau

Muat Turun Borang Atas Talian, Klik:
https://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2017/09/borang-ppp.pdf

Link disini

Cetak, Hantarkan Borang Yang Telah Siap Diisi Kepada Pejabat KPLB Negeri Berhampiran.

Pusat Khidmat/Penyelaras Parlimen & Pusat Khidmat/Penyelaras DUN, Sila Muat Turun Borang Untuk Yang Memerlukan.

Info Lanjut : Tel : 03-8000 8000
Email : info@rurallink.gov.my

Sumber Asal:

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia

Kriteria Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

KETUA ISI RUMAH PEMOHON

1) Warganegara Malaysia yg menetap di Malaysia sahaja.

2) Lelaki/wanita yg menjadi ketua keluarga & bekerja di Malaysia.

3) Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 & ke bawah.

PASANGAN

1) Warganegara Malaysia (MYKAD) atau memiliki pengenalan Malaysia (MYPR/MYKAS)

2) Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan MYPR/MYKAS). ANAK

1) Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yg berdaftar dgn Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) shj.

2) Warganegara Malaysia yg memiliki pengenalan Malaysia (MYKAD/MYKID).

3) Tidak bekerja/tiada punca pendapatan dan 17 tahun & ke bawah, 18 tahun & ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

PERMOHONAN BUJANG

PEMOHON

1) Warganegara Malaysia yg menetap di Malaysia sahaja.

2) Jumlah pendapatan bulanan RM2,000 & ke bawah.

3) Lelaki/wanita yg berumur 40 tahun hingga 59 tahun/OKU yg berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Hadir ke Program Berikut untuk keterangan lanjut:

Tarikh: 15/2/2020
Masa: 4.00 – 6.00 ptg
Lokasi: Balai Komuniti Kampung Tanjung Adang

Aktiviti: Mobile Team Pusat Khidmat Parlimen Iskandar Puteri

  1. E-wallet
  2. Bantuan Sara Hidup
  3. Perumahan (PPR & RSK)
  4. Talian e-kasih
  5. Cara mengelakkan coronavirus
  6. Lain-lain dari kerajaan

Luangkan masa anda untuk bertanyakan peluang yang ada untuk anda.

Semoga Kita Menjauhi Sifat Sifat Buruk Ini

Mukmin Tidak Bersikap Buruk

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.” (HR Tirmizi No: 1900) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:

a. Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).

b. Suka melaknat

c. Suka berperilaku keji (berperangai buruk)

d. Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)

2. Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan.

3. Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Jangan Mudah Mengeluarkan Kata Kata Kesat

Mukmin Tidak Akan Melaknat

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَكُونُ الْمُؤْمِنُ لَعَّانًا

Dari Ibnu Umar RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak boleh seorang mukmin menjadi orang yang suka melaknat.” (HR Tirmizi No: 1942) Status: Hadits Hasan

Pengajaran:

1. Dalam menuturkan kata-kata mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan perlu sentiasa berhati-hati.

2. Seorang mukmin hanya akan menuturkan mahupun menulis sesuatu yang benar dan baik.

3. Seorang mukmin tidak boleh mencaci mahupun menyumpah laknat atau mendoakan keburukan ke atas orang lain.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: Barangsiapa yang melaknat seorang muslim maka dia seperti membunuhnya, kerana jika dia melaknatnya maka seakan-akan dia mendoakan kebinasaan atasnya.

4. Abu Ad-Darda RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا

“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tertutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, dia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.” (HR Abu Daud No: 4905) Status: Hadis Sahih

Semoga kita tidak memperkatakan atau medoakan serta menulis, sesuatu yang buruk dan menghina serta melaknat orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Berkualitikah Sedekah Jariah Kita? Cuba Semak

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2. Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari hartanya walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar.

3. Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti.

5. Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”1″]

Perkara Perkara Yang Dilarang Kepada Meraka Yang Hendak Berkorban

Larangan Memotong Kuku dan Rambut Peserta Korban

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban).” (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2. Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain.” (Syarah Muslim Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)

3. Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: “Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4. Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah bagi peserta korban sehingga ibadat korban dilaksanakan.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

[WD_FB id=”1″] [WD_FB id=”2″]

Manfaat Berkasih Sayang Kerana Allah Serta Balasan Di Akhirat Nanti

Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.” (Sahih Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

[WD_FB id=”1″]

Betulkan niat anda menuntut ilmu

Berilmu Tapi Masuk Neraka

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka’b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh dan supaya dihormati oleh manusia, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka” (HR Tirmizi No: 2578) Status: Hasan

Pengajaran:

1. Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap Muslim

2. Menuntut ilmu bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.

3. Orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk menandingi, merendah dan memperlekeh orang lain – dia akan dimasukan ke neraka.

4. Orang yang menuntut ilmu agar dihormati dan disanjung orang dengan sebab ilmunya – Allah juga akan memasukkannya ke dalam neraka.

JOM bersifat rahmah dengan mengikhlaskan diri menambah ilmu agar menjadi orang yang semakin dekat dengan Allah. Jauhi menuntut ilmu untuk memperbodohkan orang lain atau mengharapkan dengan ilmu itu kita dihormati.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

[WD_FB id=”2″]