
Mulai hari ini, Skim MySalam dibuka untuk bukan penerima Bantuan Sara Hidup.
Syaratnya adalah:
Pendapatan tahunan adalah RM 100,000 kebawah atau RM 8,300 Sebulan
Klik link dibawah ini untuk isi borang permohonan atas talian:
<<<Klik sini untuk isi borang permohonan>>>
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=register_BM
Apa itu mySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Maklumat Lanjut
Peralatan dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar:
- Telefon Bimbit
- Kemudahan Internet
- Gambar IC (Pastikan Gambarnya Jelas dan Terang)
Cara Cara Mendaftar Menggunakan Telefon Bimbit:
- Dengan menggunakan telefon bimbit anda, ambil gambar hadapan Kad Pengenalan anda
- Pergi ke portal MySalam
<<<Klik sini untuk isi borang permohonan>>>
- Masukkan maklumat yang diperlukan:
- Tekan butang (Browse) pilih gambar ic anda ambil dan pilih (pastikan gambar jelas)
- Tick pada butang yang terdapat pada PENGISYITIHARAN DAN PERSETUJUAN
- Dan akhir sekali, tekan butang (Hantar / Submit)
- anda akan dapat notifikasi jika permohonan anda berjaya dihantar
Ya selesai sudah permohonan… Mudahkan… Selamat Mencuba