Program Khatan Harapan 2018 Mukim Tanjung Kupang

Alhamdulillah… 
Alhamdulillah… 
Alhamdulillah…

44 daripada 50 Orang berjaya dikhatankan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih,

Penyumbang Wang Ringgit
Penyumbang Tenaga
Penyumbang Usaha
Penyumbang Idea

Semua AJK Program Khatan Harapan yang terlibat

Masjid Al-Irsyad Desa Paya Mengkuang

Pihak ERT Pelabuhan Tanjung Pelepas

Kelab Kompang Desa Paya Mengkuang

Ketua-Ketua Kampung Mukim 8

Banyak penambahbaikan untuk program pada masa akan datang telah dikenalpasti. Semua telah diambil maklum dan direkod untuk tujuan penambahbaikan.

Saya yang menjalankan Amanah,

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/835168776861625
https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/videos/568410290284737/
https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/videos/200605464196768/
https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/videos/1183003435206071/
https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/videos/498701143970951/
https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/835101990201637

Lawatan Wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Menyantuni Wakil Kementerian Bersama Ketua Biro Pembangunan MPKK Kampung Tanjung Adang

Lawatan Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar ke Surau Kampung Tanjung Adang.

Lawatan tapak permohonan membaiki bumbung uzur.

Selesai lawatan kami dijamu makan tengah hari yang sangat sedap di Restoran Saujana

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/833884090323427

Terima Kasih,

Majlis Pemilihan MPKK Kampung Tanjung Adang

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/827519740959862

Assalamualaikum…

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada AJK majlis malam tadi.

Tanpa usaha dan kerja keras semua program tidak dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada yang hadir ke majlis yang turut serta dalam proses pelantikan MPKK.

Terima Kasih Kepada PM Hairul sudi meluangkan masa menjadi pemerhati process lantikan.

Terima Kasih kepada pihak Restoran Saujana terutama Tn. Hj Farid dan Hjh Zaidah atas penyediaan juadah dan tempat yang sangat superb.

Kami berharap agar pada masa akan datang, kita dapat tingkatkan kehadiran Program-program yang akan diadakan.

Tahniah semua Biro-biro MPKK yang baru dilantik. Bersama sama kita berkhidmat utk semua.

Terima kasih kepada ketua-ketua kampung yang datang, sahabat sahabat,
Dan semua yang lupa untuk dinyatakan.

Terima Kasih kepada mantan JKKK atas sumbangan dan bakti anda semua. Semoga kita dapat terus bekerjasama pada masa akan datang…

TAHNIAH SEMUA

Empat Kalimah Yang Paling Disukai Allah

Empat Kalimah Yang Paling Disukai Allah

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ

Daripada Samrah bin Jundab ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah Subhanahu Wa Ta’ala; Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah], Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah], Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah] dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar]. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai. (HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir kepada Allah.

2. Empat lafaz zikir yang disukai Allah untuk diucapkan oleh setiap Muslim :

a. Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah]

b. Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah]

c. Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah]

d. Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar].

3. Boleh sahaja zikir itu dimulai mana-mana terlebih dahulu sama ada tasbih atau tahmid atau tahlil juga takbir. Dalam hadis yang lain:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar) adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena oleh sinar matahari.'”(HR Muslim No: 4861) Status: Hadis Sahih

Semoga lidah kita sentiasa basah dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir setiap masa.

Label

Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ…وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu puak dari mana-mana puak memperolok puak yang lain, (kerana) barangkali puak yang diperolok itu lebih baik daripada mereka…Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk!” [al-Hujurat: 11].

-Dr. Kamilin Jamilin-