Road To Be Postgraduate Student

Ramzan Masuk Sekolah Semula

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk bergelar pelajar semula. terima kasih kepada Nazarina aka Zarine Erina aka Isteri aka Mama, Eva Surihani, Ezra Sufi, Ericca Safiya dan seluruh ahli keluarga beri peluang papa belajar lagi, Semoga pengorbanan kalian memberi maanfaat kepada kita semua.

Mohon doakan yang terbaik buat saya agar saya dapat tempuh usaha dan cabaran ini sebaik baiknya.

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/779029879142182

Temuduga Pengerusi JKKK

Ramzan Johari di Temuduga Untuk Jawatan JKKK

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/787304398314730

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Selesai sesi temuduga… semuanya terserah pada ketentuan Allah, kalau diizinkan ingin menyumbang bakti, kalau tidak diizinkan alhamdulillah… dapat juga pengalaman baru dalam hidup…

Hukam Munulis Isi Khutbah Jumaat

Soalan: apakah hukum menulis isi penting ketika khutbah? Adakah ini bertentangan dengan hadis larangan bermain dengan batu kecil ketika khutbah? Apakah perbuatan ini membatalkan syarat khutbah?

Jawapan:

Sunat hukumnya bagi orang yang mendengar khutbah untuk diam daripada berkata-kata dan tidak membuat aktiviti lain selain mendengar kepada bacaan khatib.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Salman al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ، فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّى مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى

Maksudnya: “Seseorang yang mandi dan bersuci pada hari Jumaat sekadar yang termampu, memakai minyak dan wangi-wangian, kemudian ke masjid dan tidak mengganggu para jemaah dan seterusnya mendirikan solat yang ditentukan, diam ketika imam berkhutbah. Maka segala dosa kecilnya akan diampunkan di antara Jumaat dan Jumaat yang akan datang.”

Riwayat al-Bukhari (843)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ. وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

Maksudnya: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.”

Riwayat al-Bukhari (892) dan Muslim (851)

Ali RA meriwayatkan:

وَمَنْ لَغَا فَلَيْسَ لَهُ فِى جُمُعَتِهِ تِلْكَ شَىْءٌ

Maksudnya: “Bahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.”

Riwayat Abu Daud (1051)

Larangan berkata-kata di sini termasuklah juga menulis bagi mengelakkan situasi berhelah seperti orang menggunakan SMS, Whatsapp dan lain-lain ketika khatib sedang berkhutbah dengan alasan, “Kami tidak bercakap tetapi hanya menulis.”

Ini dikuatkan dengan hadis daripada Abu Hurairah RA:

مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika Jumaat) maka hal itu sia-sia.”

Riwayat Muslim (857)

Berkata Imam Nawawi Rahimahullah: “Pada hadis ini terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana itu adalah sebahagian daripada perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan hati dan anggota badan semata-mata kepada khutbah.” Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim.

Terdapat pendapat bahawa perbuatan menulis khutbah itu tidak termasuk dalam larangan kerana menulis itu adalah untuk menambahkan perhatian dan kefahaman. Ini berbeza dengan perbuatan menegur jemaah untuk diam atau bermain dengan kerikil. Tetapi pendapat ini boleh dijawab bahawa tidak semestinya dengan menulis seseorang boleh fokus kepada semua isi khutbah. Selalu juga apabila seseorang itu menulis isi ceramah, contohnya, dia tertinggal mendengar isi khutbah yang sedang dibaca. Tambahan lagi, perbuatan menulis isi khutbah akan menimbulkan fitnah dengan menarik perhatian orang bersebelahan atau sekeliling untuk melihatnya lantaran asing perbuatan menulis ketika khutbah.

Justeru, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat adalah afdal ditinggalkan perbuatan menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat sedang dilangsungkan. Alangkah baiknya jika seseorang meletakkan sepenuh perhatian, pendengaran dan perbuatannya, memberi tumpuan kepada isi khutbah. Selain itu, seseorang itu boleh mendapatkan isi khutbah daripada Jabatan Agama atau menggunakan perakam suara.

Berkenaan dengan syarat khutbah yakni mendengar khutbah itu 40 orang lelaki yang bermastautin lagi wajib atasnya solat Jumaat, maka hukumnya adalah tidak batal khutbah tersebut kerana orang menulis itu tetap mendengar sekalipun menulis. Semoga Allah memberikan kita nikmat kekuatan itu melaksanakan ketaatan sebaik mungkin.

Copy paste dari :

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/986-al-kafi-554-hukum-menulis-isi-khutbah-ketika-khutbah-jumaat

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir dan Batin Dari Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya Mohd Ramzan Bin Johari & Nazarina Binti Abd Rashid Seisi Keluarga ingin mengucapkan

Selamt Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Kami memehon ampun dan maaf sekiranya terlanjur kata dan terkasar bahasa yang secara sengaja atau tidak sengaja yang telah mengguris hati dan perasaan semua.

Semoga semua amalan kita diterimaNya.


https://www.youtube.com/watch?v=XqLYXT0FCNY

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

ILMU: US Mengukuhkan Kepercayaan Serantau

Ringgit Malaysia Tidak Seteruk Yang Disangka



Ringgit di bandingkan dengan USD, SGD dan EURO

Di bawah merupakan graf pertukaran mata wang kita dengan mata wang mata wang yang terpilih, Singapura, Euro dan Amerika Syarikat. 



KLCI dalam masa 6 Bulan

KLCI jatuh selepas pengumuman beberapa project MEGA (HSR), Pada 27 May 2017 mungkin penyebab utama KLCI merudum buat seketika, Tapi mungkin selepas penjelasan PM KLCI akan naik semula… Kita Tungg….

US Membuka Pejabat Di Jerusalem 14 Mei 2018


“The event takes place on Monday, May 14 at 4 P.M. Jerusalem time (9 A.M. Washington time). Official invitations have already been sent by the American Embassy in Israel, from its current location in Tel Aviv.”

https://www.haaretz.com/israel-news/.premium-everything-you-need-to-know-about-the-u-s-embassy-in-jerusalem-1.6062554

 

Dengan membuka pejabat di jerusalem US membuatkan dunia semakin mempercayai mereka dan menguatkan mata wang mereka. Selepas pembukaan pejabat di sana pada 14 May lihat peningkatan mata wang mereka jika dibandingkan dengan EURO. Malaysia juga turut terkesan.

Selepas Pilihan Raya 9 Mei 2018

Jika di bandingkan dengan EURO, mata wing kita semaki mengukuh sehingga PM mengumumkan pembatalan beberapa projek MEGA. Walaubagaimanapun ia kelihatan kembali stabil beberapa jam selepas itu. Kemungkinan ia berterusan stabil. Kita tunggu.

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

Ilmu: Kewajiban Mentaati Pemerintah


KEWAJIBAN MENTAATI PEMERINTAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

 

Mentaati pemerintah ini termasuk dalam fiqh siyasi iaitu fekah Islam yang berkaitan dengan imarah ataupun imamah ataupun kepimpinan dalam Islam. Perbezaan pandangan dalam hal ini, bukanlah masalah akidah. Saya sebutkan ini kerana ada golongan muda agama politik tertentu yang menganggap isu ini isu akidah. Dalam ertikata lain, sesiapa yang tidak taat kepada kerajaan bererti rosak akidahnya. Ini tidak tepat. Al-Imam Ibn ‘Ashur ketika menyebut tentang sebab-sebab perpecahan:

“Kelima: memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat…”. (Muhammad Tahir ibn ‘Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun)

Baca artikel penuh disini

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

DOA: Amalan Setiap Malam


Doa Amalan Setiap Malam.

Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada waktu malam, maka ia akan diberi kecukupan. Sebagian ulama ada yang mengatakan, ia dijauhkan dari gangguan setan. Ada juga yang mengatakan, ia dijauhkan dari penyakit. Ada juga ulama yang menyatakan bahwa dua ayat tersebut sudah mencukupi dari solat malam.

Dua ayat tersebut,

Allah Ta’ala berfirman,

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 
(285)

“Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

(286)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS. Al-Baqarah: 285-286)

Disebutkan dalam hadits dari Abu Mas’ud Al-Badri radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (HR. Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 808)

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress


Linkedin


Instagram


Whatsapp

INFO: Yayasan Penyayang MBIP

PENGENALAN YAYASAN PENYAYANG MPJBT

 1.0      LATAR BELAKANG

1.1.      Cadangan penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT merupakan arahan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor semasa mula mengambil alih jawatan pentadbiran Kerajaan Negeri. Butiran cadangan penubuhan Yayasan ini kemudiannya telah dimaklumkan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dalam mesyuarat bulanan bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor pada 24 Jun 2013.

1.2.      Kertas kerja Penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT telah disokong  dalam Mesyuarat Kewangan dan Perkara Am KK:JKKPA 150/2013 pada 17 Disember 2014 dan telah diluluskan dalam mesyuarat penuh Bil:12/2013 bertarikh 31 Disember 2013.

 

1.3.      Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 23 April 2014 telah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil. 1225/2014 dan telah mengambil keputusan Bersetuju supaya Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditubuhkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor.

2.0      UNIT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

Sebelum penubuhan yayasan Bahagian Khidmat Masyarakat bertanggungjawab kepada Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

2.1       Menguruskan dan menyelaras permohonan-permohonan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan e-Kasih.

2.2       Melakukan siasatan dan lawatan ke atas permohonan.

2.3       Permohonan diluluskan serta bantuan kewangan disalurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

2.4       Memberitahu dan membuat bayaran kepada penerima bantuan sebagaimana diluluskan.

2.5       Merekod penyata vot penerima bantuan dari senarai KWPKB.

2.6       Kemukakan maklumat permohonan bantuan ke Mesyuarat Focus Group.

2.7       Tugas dan peranan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) adalah menguruskan bantuan sewa rumah, bantuan andars, bantuan sekolah, bantuan ibu tunggal dan lain-lain.

2.8       Mulai tahun 2011, Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) hanya menguruskan bantuan sewa rumah sahaja.

3.0      OBJEKTIF

Tanpa prejudis kepada kegunaan am Tabung Amanah, Pemegang-Pemegang Amanah mempunyai kuasa dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa menggunakan tabung tersebut sama ada sebahagian atau keseluruhan daripada pendapatannya secara eksklusif bagi mencapai objektif-objektif berikut:

3.1.     Bagi mengawal selia segala sumbangan atau derma yang diterima daripada pihak individu, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan badan­-badan korporat di bawah satu tabung khas yang dikendalikan oleh satu badan amanah yang didaftarkan.

3.2.     Mengatur, mengendali dan menyokong pelbagai program dan aktiviti kebajikan, pendidikan, ekonomi dan andar masyarakat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri serta meningkatkan tarat sosio ekonomi dan kehidupan golongan miskin dan kurang upaya di kawasan perbandaran (yang berada di bawah paras kemiskinan andar di mana pendapatan per kapita di bawah RM220.00).

3.3.     Memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi swasta, badan korporat dan para penderma dalam melaksanakan “Tanggungjawab Sosial Korporat atau “Coporate Social Responsibility (CSR)” terhadap masyarakat.

3.4.     Memastikan hubungan antara pihak Pengasas dan masyarakat setempat yang tinggal di kawasan pentadbiran Pengasas dapat terjalin dengan baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat.

 

4.0      STRATEGI

4.1       Pendekatan secara langsung yang disasarkan terus kepada kumpulan sasar.

4.2       Pendekatan secara institusi iaitu secara kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, syarikat swasta, pertubuhan sukarela dan pertubuhan akar umbi.

4.3       Pendekatan secara dasar iaitu dengan cara bekerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kerajaan tempatan, kerajaan negeri, dan kerajaan pusat, pemegang dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

 

 

Fungsi Utama

  • Mengumpulkan dana sumbangan untuk menampung kos bantuan dan pengurusan.
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.
  • Mengendalikan program atau acara yang dianjurkan oleh kementerian.
  • Mengurus permohonan bantuan atau aduan kemiskinan.
  • Mengurus, melapor dan memantau bantuan PPKB.
  • Membanci dan membuat semakan golongan miskin di kawasan pentadbiran MPJBT.

 

BANTUAN

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Yayasan Penyayang MPJBT

BANTUAN BANJIR/RIBUT/BENCANA ALAM
BANTUAN KEBAKARAN RUMAH
BANTUAN MEMBAIKI KEROSAKAN RUMAH
BANTUAN BANJIR/RIBUT/BENCANA ALAM

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah menetap di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
  4. Pemohon berstatus ibu tunggal diutamakan.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan dokumen-dokumen sokong seperti laporan polis/bomba yang mengesahkan tempat tinggal dibadai bencana.
  6. Pemohon mestilah mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
  7. Pemohon perlulah mengemukakan salinan:
    1. Kad pengenalan pemohon.
    2. Pendapatan pemohon.
    3. Satu bil utiliti rumah pemohon.

 

BANTUAN KEBAKARAN RUMAH
I am tab content. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
BANTUAN MEMBAIKI KEROSAKAN RUMAH

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah menetap di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
  4. Pemohon berstatus ibu tunggal diutamakan.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
  6. Pemohon perlulah mengemukakan salinan:
    1. Kad pengenalan pemohon.
    2. Pendapatan pemohon.
    3. Satu bil utiliti rumah pemohon.

 


Borang Permohonan

Borang Bantuan

I am item content. Click edit button to change thiBORANG-PERMOHONAN-AM
s text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Borang Bantuan Modal Perniagaan

BORANG-BANTUAN-MODAL-PERNIAGAAN-1

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp