INFO: Peranan Ahli Majlis

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis

Pengetahuan tentang peranan dan tugas yang perlu dan boleh dimainkan oleh ahli majlis di dalam bidang perancangan dan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting memandangkan perlantikan seseorang ahli majlis itu adalah bertujuan untuk membantu PBT di dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT.

Adalah wajar, rakyat perlu tahu tugas dan tanggungjawab ahli majlis di kawasan tempatan mereka kerana mereka beranggapan ahli majlis adalah penghubung antara rakyat dan PBT. Mereka mahukan ahli majlis lebih mengetengahkan masalah rakyat yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pengurusan yang diberikan oleh PBT.

Namun begitu, ahli majlis juga mempunyai had dan bidang kuasanya yang tersendiri. Rakyat perlu didedahkan dengan apakah sebenarnya peranan dan tanggungjawab ahli majlis agar semua pihak mendapat keadilan dan tanggapan yang saksama. Kekaburan tentang fungsi ahli majlis perlu diperjelaskan kerana rakyat sebagai pembayar cukai juga mempunyai hak untuk mengetahui.

Ahli majlis memainkan peranan penghubung di dalam hubungan di antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan. Ahli majlis menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan, pengubahan dasar dan undang-undang yang bersesuaian untuk kepentingan dan kesejahteraan awam.

 Antara peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan ahli majlis adalah seperti berikut:-

(a) Sebagai penyampai dan jurucakap PBT

Penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka dianggap sebagai alat untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan. Mereka juga bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT.

Apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai pengutipan cukai, kesedaran menggunakan segala kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain.

 

(b) Membentuk dasar

Biasanya dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara seluruhnya. Memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang hendak dijadikan dasar.

Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbulkan sungutan di kalangan orang ramai dan juga pihak kerajaan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah tahu dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat dan negeri.

 

(c) Menyemak kemajuan pengurusan pentadbiran PBT

Ahli majlis hendaklah menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan kerajaan. Ini termasuk:-

(i) membahas dan meluluskan anggaran belanjawan.

(ii) mengambil kakitangan baru atau penambahan jawatan baru selaras dengan dasar Kerajaan.

(iii) kekesanan projek, perlanjutan atau penangguhan sesuatu projek yang didapati tidak sesuai.

(iv) peruntukan dibelanjakan mengikut keutamaan.

 

d) Membuat dan meluluskan Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Kecil dibuat dengan tujuan untuk mengatasi pelbagai masalah seperti Undang-Undang Kecil mengenai mengkompaun kesalahan, iklan, tempat letak kereta, bayaran pelan, taman dan lain-lain. Undang-Undang Kecil ini dapat menentukan perihal dan peraturan atau tatacara sesuatu aktiviti itu ditadbirkan dengan cemerlang.

 

 

Tugas Ahli Majlis

Adalah menjadi tugas ahli majlis untuk mengadakan Undang-Undang Kecil ini supaya dapat dijadikan asas dan panduan oleh pihak pengurusan untuk bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah. Ahli majlis perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam perancangan dan pembangunan PBT. Ahli majlis perlu mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti-aktiviti PBT terutamanya di dalam mesyuarat-mesyuarat dan kumpulan-kumpulan kerja.

Penglibatan begini boleh dilakukan dengan menghadiri setiap kali mesyuarat Majlis Penuh (Full Council) diadakan. Ini kerana ianya sebagai organisasi PBT yang terpenting sekali. Perbincangan-perbincangan yang menghendaki semua ahli majlis menghadirinya tanpa ponteng adalah mengikut Seksyen 20 dan 21 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Perbincangan ini merupakan mesyuarat biasa PBT yang mesti diadakan tidak kurang dari sekali sebulan.

Ahli majlis juga dilantik menduduki mana-mana jawatankuasa bersama dengan lain-lain anggota yang dilantik. Ia melibatkan kerja-kerja perancangan dan polisi di peringkat awal. Keputusan-keputusan yang dicapai perlu dibawa kepada mesyuarat Majlis Penuh untuk diterima atau ditolak sebelum sebarang perakuan dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

Ahli majlis perlu memainkan peranan sebagai “pemeriksa” terhadap kuasa dan budi bicara Yang Di Pertua (YDP), pegawai dan kakitangan PBT dalam menjalankan tugas. Ianya penting untuk memastikan sistem yang ada tidak akan memberi ruang kepada perlakuan salah guna kuasa dan terdedah kepada rasuah, semasa membuat keputusan. Tujuannya memastikan etika perkhidmatan awam dapat dibudayakan secara berterusan. Ini disebabkan banyak perkara yang berlaku di dalam pengurusan PBT yang menimbulkan keraguan oleh rakyat dan secara umumnya tempias tiada ketelusan dan rasuah mengakibatkan imej ahli majlis terbabit sama.

Penglibatan secara tidak langsung iaitu melalui pergaulan seharian untuk menerangkan kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi, polisi-polisi dan sebagainya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, adalah amat penting di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ahli majlis yang berwibawa. Ahli majlis tidak berupaya bertindak secara peribadi dan persendirian di atas satu-satu hal yang menjadi dasar atau polisi kepada sesuatu PBT melainkan melalui keputusan sesuatu mesyuarat.

Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan kemarahan rakyat seperti yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Integriti yang tinggi perlu disemat sepanjang masa memegang jawatan ahli majlis. Setiap ahli majlis perlu memahami peranan dan tanggungjawabnya melalui pemahaman dan mendaulatkan perundangan. Kehendak perundangan mestilah dipatuhi untuk menjadi contoh kepada rakyat.

Antara perundangan tersebut ialah

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976,
  2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,
  3. Akta Perancang Bandar dan Desa, dan
  4. Undang-Undang Kecil PBT.
  5. dll

Mungkin pihak pentadbiran PBT dapat membekalkan kepada ahli majlis naskah perundangan tersebut sebagai panduan dan pedoman sepanjang menjalankan tugas. Ini penting bagi memastikan ahli majlis bernilai dan dipandang mulia oleh pembayar cukai.

 

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

INFO: Fungsi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

FUNGSI DAN TUGAS JKKK

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

JKKK tiada sebarang kuasa mutlak, tetapi terdapat agensi-agensi kerajaan yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung

2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.

4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain.

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali.

6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA

1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.

2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.

8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.

10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.

11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.

12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

AKTIVITI AHLI JKKK

I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.

II. Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKK.

III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.

IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.

V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK.

VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.

VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.

IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.

X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.

XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.

XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.

XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.

XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.

XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk memajukan kampung.

XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan.

INFO LAIN

“JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG” atau singkatan nya JKKK. Kita sering keliru akan fungsi dan tanggungjawab organisasi ini. Kita juga sering tersilap mengandaikan bidang kuasa JKKK ini.

JKKK merupakan satu entiti yang berbeza dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembangunan dan keselamatan kawasan sekitar nya sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk ancaman.

Tetapi harus diingatkan JKKK tidak harus dipisahkan dengan ADUN kerana ADUN mempunyai kuasa dan kelebihan dalam mengendalikan urusan dengan kerajaan pemerintah. Lagipun kebanyakan JKKK pula adalah pengundi dan penyokong pihak ADUN manakala ADUN pula mempunyai pengaruh dan tempat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kedua-dua nya saling berkait rapat dalam menentukan sesebuah kampung itu menjadi sebuah kampung moden yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penubuhan JKKK termaktub dalam arahan nombor 3, “Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar ” yang dilancarkan pada tahun 1962 oleh Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein (Perdana Menteri Malaysia ke 2) . JKKK merupakan satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi memimpin dan mengatur masyarakat kampong kearah mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Negara.

Oleh itu, JKKK seharusnya bertindak sebagai satu agen penggerak dan pendorong kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat kampong melalui program-program pembangunan dan juga hal-hal berkaitan kehidupan setempat. JKKK terletak dibawah Pejabat Daerah dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. JKKK tertakluk dibawah kuasa penghulu mukim setempat dan diterajui oleh seorang Pengerusi JKKK. Sebuah organisasi JKKK mempunyai beberapa Jawatan kuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi ini dapat ditadbir dengan lancar dan berkesan.

Kita sering bertanya, apa pula tugas-tugas JKKK? Apa yang mereka buat setiap hari? tugas JKKK memang selalu menjadi perdebatan dikalangan warga kampong, ramai dari mereka agak keliru akan tugas dan tanggungjawab JKKK hingga kadang-kadang menganggap mereka makan gaji buta. Oleh itu pastikan JKKK kampung anda melakukan tugas-tugas utama berikut:

1) Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.

2) Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.

3) Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain)

4) Menjadi pengantara antara penduduk kampung dengan pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.

5) Bertanggungjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.

6) Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKK dan ahli jawatankuasa kecilnya.

7) Menyediakan profil kampung, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.

8) Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat.

9) Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampung dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan)

10) Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.

11) Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.

Borang Permohonan JKKK & JKKP Tatacara Pengurusan-JKKK & JKKP

 

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

Wakaf Tunai: Menaik Taraf Surau SK Pendas Laut

“ Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu “SEDEKAH JARIAH” (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”

Kami memerlukan bantuan anda!!!!!

WAKAF TUNAI : 

“MENAIK TARAF SURAU SK PENDAS LAUT” 

 

Anggaran Kos : RM11,800

Jumlah Lot Diperllukan: 1,180 lot

1 Lot bersamaan RM10

Cara Menyertai : 

  1. Serahan wang tunai dan borang di SK Pendas Laut atau wakil-wakilnya, ATAU
  2. Cek atas nama “IBUBAPA DAN GURU GURU” ATAU
  3. Online transfer / internet banking

Nama Akaun: ” IBUBAPA DAN GURU GURU  “

Bank: CIMB 

No Akaun: 80-0606412-4

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  1. Faiz Nordin : 019 779 9057
  2. Mohd Ramzan Johari : 016 770 7080 
  3. Abdul Muiz Hussin : 017 788 9774 

Semoga sumbangan tuan puan memberi kebaikan kepada semua. Terima kasih .

 
Surat & Borang Wakaf Dana Tunai Surau SK Pendas Laut 2 final

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

Hari Graduasi

Ramzan Johari Menamatkan Sesi Pembelajaran Di UTM Selepas 5 Tahun

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Selepas 5 Tahun…

https://www.facebook.com/mohdramzanjohari/posts/787295544982282
https://www.facebook.com/univteknologimalaysia/videos/10155248391126927/UzpfSTM5NjE0NjY5MDc2MzgzODo2NzA3ODA4MTY2MzM3NTY/

Lost World of Tambun, Tiket Murah!!!!!

Dapatkan Tiket Murah Ke “Lost World of Tambun”

Water Park E-ticket [Inclusive of Hot Springs & Spa]   

 

 • [Malaysian] Adult (Age 13-59): RM55 (RM65)
 • [Malaysian] Child (90cm – age 12): RM50 (RM58)
 • [Malaysian] Senior (Age >59): RM50 (RM58)

 • [Non-Malaysian] Adult (Age 13-59): RM70 (RM95)
 • [Non-Malaysian] Child (90cm – age 12): RM64 (RM88)  
 • [Non-Malaysian] Senior (Age >59): RM64 (RM88)

 

updated on 5 April 2018


Click sini untuk tiket murah

Lokasi, “Lost World of Tambun”

Dapatkan discount / voucher potongan harga penginapan anda disini

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress


Linkedin


Instagram


Whatsapp

Beramal Bersama Persatuan Kebajikan Gabungan Gelang Patah (GGP)

Sumbangan Kebajikan

Kami memerlukan sumbangan anda untuk meneruskan usaha murni.

Dengan sumbangan anda kami salurkan kepada pihak pihak yang memerlukan.

hubungi wakil kami:

+60177691656 Aznida

+60177649821 Bobo

+60137282039 Manja

+60122820212 Azmin

+60137087692 Izwan

+60127297782 Wak Jas

+60127468642 Norzi

lawati kami di :

Facebook page: https://www.facebook.com/genggelangpatah/

Facebook Group: https://www.facebook.com/groups/723746004398681/

 

Account CIMB PKGGP

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

Wordpress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

ES Melawat Perak 2018

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2018

Tahun ni tahun pertama Eva Surihani  bersekolah rendah dan juga tahun pertama Ezra Sufi  Bersekolah di PASTI, jadi ni merupakan tahun pertama mereka berdua berpengalaman merasai zaman cuti sekolah bersama.

Tahun ni, papa dan mama ade sediakan sedikit budget untuk bawa anak- anak bercuti keluar Johor. Cadangan awal papa dan mama nak bawak ES ke Pulau Pangkor. Lepas dibincangkan kami tukar plan untuk ke daratan sahaja, makanya kami pilih Ipoh dan Taiping sebagai lokasi percutian kami.

Hari Pertama ( 20 March 2018) , Kami mulakan perjalanan Kuala Lumpur terlebih dahulu, bawa ES berjumpa Nenda dan Mak Ucu, Malam tu kami menginap di rumah nenda. Maka bemulalah mimpi ngeri untuk Kiki & Lala (Kucing Nenda). Kena buli je kucing tu dengan ES. Malam tu kami tidur sekitar jam 11 sebab esok pagi kami nak mulakan perjalanan ke Perak.

Hari Kedua (21 March 2018), Rutin biase bila ES jumpe Nenda, pagi mesti ajak sarapan di Old Town White Coffee, makan telur separuh dan masak ngan roti bakar, sekitar jam 10.30 kami mulakan perjalanan ke Perak. Alhamdulillah, perjalanan lancar. selebihnya biala la gambar dan video memberi gambaran betapa happynya ES bercuti di Negeri Perak.

Maaf gambar lambat sikit masuk ye… nantikan updatenye nanti ye…. huhuhu

Tempat Tempat Menarik Sekitar Ipoh dan Taiping, Perak Darul Ridzuan 2018

1. Lost Word Of Tambun

Gambar di Lost World of Tambung Click Sini


https://www.youtube.com/watch?v=TywRiDgfJz8https://www.youtube.com/watch?v=ZmrZc87h8tghttps://www.youtube.com/watch?v=sxQy-r5Xk2c
2. Hutan Rekrasi Gunung Lang

Gambar di Hutan Rekreasi Gunung Lang click sini



3. Nigh Safari, Zoo Taiping

Gambar di Night Safari klick Sini.

 


4. Muzium Taiping

Gambar Muzium Perak   (klik sini)

Tempat Tempat Makan Menarik Dan Sedap Sekitar Perak dan Selangor 2018

1. Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Gambar click sini


2. Roti Bakar Jantan, Bukit Larut.

3. Nasi Vanggey

4. Hasil Laut (Sotong Kering dan Ikan Kering) Perusahaan Hamid Ali, Lumut

5. Restoran Ikan Bakar Aroma, Kuala Selangor

Tempat Penginapan Budget Seisi Keluarga Sekitar Ipoh dan Taiping

1. Cititel Express Hotel, Ipoh


Dapatkan diskaun 10% dari harga asal dengan membuat tempahan hotel anda dengan menggunakan pautan dibawah;
www.booking.com   (Klik sini ye)

2. Legend Inn Hotel, Taiping


Dapatkan diskaun 10% dari harga asal dengan membuat tempahan hotel anda dengan menggunakan pautan dibawah;
www.booking.com   (Klik sini ye)

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress


Linkedin


Instagram


Whatsapp

Bacaan Doa Dari Kita Untuk Orang Yang Sedang Sakit

Doa ketika menziarahi orang yang sakit

 
Bacalah,

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu .”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

 

Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.”

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress


Linkedin


Instagram


Whatsapp

Kelas Kek Marbel Bersama ES

Kelas Kek Bersama ES

Resepi Kek Marbel Mudah

Dah lama tak buat kek ni, terasa nak buat kek plak dengan isteri dan anak anak.

Kelas minggu ni kami buat kek marbel, jadi boleh la si kecil kami main main buat kek.

bila dah siap askar kami pun makan lah kek yang dia masak tu…

Senang je resepi kek ni,

Satu Adunan:

1 cawan butter 3 suku cawan gula kastor3 biji telur ayam1 stgh cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudi kecil esen vanilla3 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar serbuk koko. berat lepas siap 300 – 450 gram gitu, kalau guna loyang besar buat dua adunan, baru cantik kalau tak nipis jadinya… Masak dengan api atas bawah selama 45 minit dengan kepanasan 175 darjah ye…

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress


Linkedin


Instagram


Whatsapp