Bagaimanakah Cara Memohon Kad Sihat

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KAD SIHAT JOHOR?

INSENTIF KAD SIHAT JOHOR

Bagi tahun 2019, kemudahan Kad Sihat Johor dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu

Kategori Kad Sihat

  1. Kategori A (Keluarga)
  2. Kategori B (Individu).

Kategori dan manfaat kemudahan Kad Sihat Johor adalah seperti berikut:

*Kategori A – Keluarga:*
》Had pembiayaan *RM500.00* setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk satu keluarga

*Kategori B – Individu:*
》Had pembiayaan *RM200.00* setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk setiap individu

Kegunaan Kad Sihat

Penerima Kad Sihat Johor akan mendapat kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel).

Kadar pembiayaan Kad Sihat Johot akan di pro rata mengikut tempoh bulan dalam setahun. Ini adalah hasil usaha kerajaan Pakatan Harapan dalam meneruskan rakyat supaya lebih teratur dan seterusnya menjamin hak rakyat. Click dan lengkapkan permohonan sekarang.

Daftar dengan menggunakan link dibawah

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

Kelayakan Pemohon

KATEGORI A:

KELUARGA

♦ Pemohon dan pasangan serta anak-anak (berumur 18 tahun dan ke bawah dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia)

♦ Warganegara Malaysia

♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon

♦ Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 4,830.00

♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.

*KATEGORI B:*

INDIVIDU

♦ Pemohon berumur 21 tahun da ke atas

♦ Warganegara Malaysia

♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon

♦ Pendapatan individu sebulan tidak melebihi RM1,500.00

♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.

Daftar dengan menggunakan link dibawah

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

Updated 22/02/2019:

Salam Semua

Untuk Info

Pendaftaran Kad sihat Johor adalah secara Online.

Jika ada yang Print Borang, isi dan dihantar ke Pejabat Daerah atau Pejabat Dun. Pihak Pejabat Juga perlu isi secara Online. Jika terlalu ramai akan berlaku kelewatan Pendaftaran tersebut.

Oleh Itu, kami syorkan anda semua Daftar secara Online.
Kelulusan juga akan Dibuat secara Online Oleh YB Dun Bahagian.
Sila upload semua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan Kelulusan.

Pihak Pejabat Daerah dan Pejabat Dun Daerah telah dimaklumkan, semua Pendaftaran Secara Online adalah Tujuan memudahkan, kurangkan penggunaan kertas dan Pantas.

Kami Syarikat Maju Sihat membantu anda melalui penyediaan Laman Web, Printed Kad, SOP Claim dan Rujukan Klinik Panel seluruh Johor.

Moga Kad Sihat Johor Ini Bermanfaat untuk Rakyat Johor

Sekian.
Pegawai Khidmat Pemasaran
Maju Sihat Sdn Bhd

Apakah Perkara Yang Merupakan Sebahagian Daripada Iman

Malu Sebahagian Dari Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman”.(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih

Pengajaran daripada hadis:

1. Iman memiliki lebih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang.

2. Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul.

3. Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:

a. Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba.

b. Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.

Ayuh bersifat MALU yang menjadi satu cabang daripada bukti keimanan kita.

Kepada Siapakah Manusia Harus Merasa Malu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Kepada Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Berkata Ibnu Masud: Wahai Rasulullah, kami malu, alhamdulillah. Baginda bersabda: “Bukan itu, tapi malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu mengingati kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (HR Tirmidzi No: 2382). Status: Hadis Hasan

Pengajaran daripada hadis ini:

Mukmin yang benar-benar memiliki sifat malu kepada Allah ialah yang;

a. Menjaga dan memelihara kepala serta seluruh pancaindera di kepala seperti mata, telinga, mulut daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Di samping menjauhi syirik iaitu kepalanya tidak tunduk kepada selain Allah.

b. Menjaga dan memelihara perut daripada makan dan minum sesuatu yang haram dan berdosa.

c. Sentiasa mengingati mati dan bau busuknya tubuh badan apabila mati nanti

d. Meninggalkan perhiasan dunia (tidak bertungkus lumus mencari dunia sehingga melalaikan kehidupan akhirat).

Ayuh kita berusaha memiliki sifat malu kepada Allah dengan menghias diri dengan sifat di atas.

Asal Usul Perkataan Keji dan Perbuatan Kasar

Keji dan Kasar Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka.” (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah

Pengajaran dari hadis

1. Malu adalah hasil dari iman

2. Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.

3. Iman itu tempatnya di syurga

4. Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial seperti FB, Whatsapp, Telegram, Instagram.

5. Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka

Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.

[WD_FB id=”1″]

Malu Apa Bossku

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Suatu Kebaikan

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ

Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qatadah dari Abu As Sawwar Al ‘Adawi dia berkata; saya mendengar ‘Imran bin Hushain berkata; Nabi SAW bersabda: ““Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” (HR Bukhari No: 5652) Status: Hadis Sahih

Pengajaran Daripada Hadis:

1. Malu pada hakikatnya adalah suatu kebaikan. Sifat malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang tercela.

2. Malu yang dituntut oleh Islam ialah perasaan malu yang disandarkan kepada Allah. Malu yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang tercela dan haram.

3. Malu yang perlu dielakkan ialah perasaan malu yang disandarkan pada rasa rendah diri sehingga mengelakkan dari melakukan amal soleh. Contohnya malu untuk pergi masjid, malu untuk belajar juga malu untuk solat di dalam keretapi dan lain-lain.

4. Malu secara hakiki adalah suatu akhlak (dalam jiwa) yang membangkitkan sikap menjauhi hal-hal yang buruk dan mencegah dari perbuatan mengurangi hak pihak yang memiliki hak (Syarah an-Nawawi dalam Sahih Muslim (2/6).

5. Malu itu seluruhnya baik. Barangsiapa banyak rasa malunya, banyak pula kebaikannya dan manfaatnya lebih menyeluruh. Barangsiapa yang sedikit rasa malunya, sedikit pula kebaikannya.

Ayuh bersifat MALU yang membuahkan kebaikan, melahirkan sifat ketenangan dan ketenteraman.

[WD_FB id=”1″]

Berakhlak Dengan Sifat Malu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berakhlak Dengan Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ

Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat.

3. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu

4. Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah

5. Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata ‘hayaa’ (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.

Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu.

Bolehkah Manusia Membuat Sesuatu Perkara Mengikut Kehendak Hatinya

Jika Tidak Malu Berbuatlah Ikut Sukamu

حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ

Telah bercerita kepada kami Abu Mas’ud ‘Uqbah berkata; Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu”.(HR Bukhari No: 3224) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Malu adalah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain.

2. Rasa malu merupakan satu perkara yang diwariskan oleh para Nabi kepada manusia generasi demi generasi hingga kepada generasi umat Nabi Muhammad SAW. Di antara perkara yang didakwahkan oleh para Nabi terdahulu kepada umatnya adalah berakhlak malu.

3. Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, (Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah sesukamu), kerana Allah pasti akan membalas perbuatan tersebut dengan yang setimpal. Firman Allah ta’ala:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (QS Fushilat : 40)

4. Ibnu Qutaibah menyatakan: “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat sesukanya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”.

5. Orang yang TIDAK MALU akan melakukan perkara maksiat serta perbuatan yang dilarang Allah seperti meninggalkan perintah yang diwajibkan, terlibat dengan rasuah dan sebagainya.

6. Orang yang memiliki sifat malu, tidak akan melakukan sesuatu sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala.

7. Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk.

Ayuh bersifat MALU. Moga MALU menjadi PENCEGAH daripada melakukan sesuatu yang dilarang.

Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَى مَرِيضًا أَوْ أُتِيَ بِهِ قَالَ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Dari Aisyah radliallahu ‘anha bahwa apabila Rasulullah SAW menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada baginda, baginda berdo’a:

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

(Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit.”

(HR Bukhari No: 5243)

Pengajaran:

1. Menziarahi orang sakit adalah dituntut kepada setiap Muslim

2. Antara adab ketika menziarahi orang sakit adalah mendoakan mereka

3. Antara doa yang dibacakan kepada pesakit :

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Marilah kita menziarahi sahabat handai, kenalan dan saudara mara yang sakit dan mendoakan mereka.