Bacaan Doa Ketika Hari Hujan

Bacalah doa ini bila bumi dilimpahi nikmat hujan

DOA HARI HUJAN

Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan,

”Allahumma shoyyiban nafi’an”

[Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.

(HR. Bukhari no. 1032)

DOA KETIKA HUJAN LEBAT

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.”

(HR al-Bukhari 957 dan HR Nasa’i 1510)

DOA SELEPAS TURUN HUJAN

3. Selepas Hujan Turun.

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah..” (HR. al-Bukhari 846, 980, 3832, HR Muslim 104 dan HR Abu Daud 3407)

Ia doa yang diamalkan Nabi s.a.w.

Tahniah kerana ramai yang menghafal dan mengamalkan doa ketika hujan, semasa hujan dan selepas hujan ini.

Kita kata kita ummat Nabi!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Leave a Reply