Bantahan Terbuka Ibu Bapa Kepada Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Saya dengan ini menyatakan pendirian bahawa saya

MEMBANTAH

Keputusan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Kami, para ibubapa pelajar – pelajar SK Pendas Laut, Gelang Patah, Johor ingin menyatakan rasa hampa dan tidak puas hati kami terhadap PPD Johor Bahru yang telah mengarahkan pertukaran keluar guru EN. Abdul Muiz Bin Hussin berkuatkuasa 1 April 2019.

Gambaran besarnya, pertukaran tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap perlajar-pelajar SK Pendas Laut kerana guru berkenaan telah berjaya meningkatkan semangat belajar anak-anak kami. Malah, kehadiran dan kehebatan beliau telah meningkatkan jumlah pendaftaran pelajar-pelajar baru di sekolah ini.

Guru berkenaan amat aktif melaksanakan pelbagai program dan aktiviti menarik yang ternyata telah menyuburkan minat belajar anak-anak kami.

Kekecewaan kami amat jelas  Anak-anak kami baru menikmati pendidikan yang menarik. Semangat belajar mereka baru sahaja dibangkitkan oleh guru tersebut. Kini PPDJB merampas seorang penggerak yang bervisi, kreatif dan berfikiran diluar kotak dari SK Pendas Laut. Kami bimbang dan risau akan berlaku anti-klimaks dalam proses pembelajaran anak-anak kami, PPDJB perlu bertanggungjawab sekiranya ia berlaku.

Kami minta agar pihak KPM turun padang untuk berjumpa kami dan bukannya Guru Besar ataupun PPDJB untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tetang prestasi dan jasa guru berkenaan. Akhirkata, kami merayu agar dikembalikan guru berkenaan ke SK Pendas Laut

Terima Kasih,

Ramzan Johari

Leave a Reply