Tajung Adang Forest City Park @ Surau Kampung Tanjung Adang

Majlis Penyerahan Tanjung Adang Forest City Park @ Surau Tanjung Adang

Alhamdulillah, Taman ini telah siap dibangunkan sebelum Ramadhan dan diserahkan kepada MAIJ pada 23 Jun 2019.

Sumbangan Forest City

Pihak Forest City Contry Garden Pasific View Sdn Bhd berbesar hati menjayakan program CSR bernilai RM 250,000 dengan membina taman rekreasi yang dinamakan “Tanjung Adang Forest City Park” di kawasan Tanah Wakaf Surau Kampung Tanjung Adang milik Majlis Agama Islam Johor.

Laluan trek pejalan kaki dengan panjang lebih kurang 250 meter dikelilingi pokok bunga hiasan, pokok herba dan pokok buah buahan dan 2 buah gazebo bersaiz sederhana menjadi penyeri sekitar kawasan surau.

YB Sr. Tn. Hj Dzulkefly Ahmad

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor telah merasmikan Majlis Penyerahan pada 23 Jun 2019 bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang 2019

Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang 2019

Turut hadir menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang Tajaan Forest City Contry Garden Pacific View Sdn Bhd

  1. Yb Sr. Tn Hj Dzulkefly Ahmad dan Isteri
  2. Wakil Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru Tn Hj. Musa Abdul Wahab
  3. Penghulu Mukim Tanjung Kupang Tok Hairul Hamid
  4. Ketua Kampung Tanjung Adang En Mohd Ramzan Johari
  5. Wakil Forest City Mr Ng Zhu Hann
  6. Wakil Forest City Pn. Wan Azlaiha
  7. Ketua Ketua Kampung Mukim Tanjung Kupang
  8. Pengetua dan Guru Besar, Guru-Guru Sekolah Mukim Tanjung Kupang.
  9. Rakan Rakan Media Utama

Hari Raya 2019

Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dana bicara dan perbuatan sepanjang menguruskan Kampung Tanjung Adang

Samada sengaja dan tidak sengaja sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk adalah kealpaan diri saya.

Semoga Hari Raya menjadi medan menghubungkan ukhuwah kita sesama umat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Notis Penutupan Sementara Surau Kampung Tanjung Adang

Penutupan Sementara Surau Kampung Tanjung Adang

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Kampung Tanjung Adang telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja baikpulih bumbung serta beberapa beberapa kerja penambahbaikkan yang lain.Kerja-kerja memindahkan peralatan dan kelengkapan surau telah selamat dijalankan pada 16 Jun 2019. Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang menyumbang tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan prosess pemindahan tersebut

Kebenaran Pejabat Kadi

Permohanan untuk memindahkan operasi dan aktiviti surau telah diajukan kepada Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan telah mendapat persetujuan daripada mereka.

Tarikh Mula dan Jangka Siap

Kerja kerja baikpulih ini akan dijalankan bermula pada

20 Jun 2019

hingga

20 September 2019

Lokasi Surau Sementara

Lokasi surau sementara adalah seperti berikut:

1. Surau Restoran Makanan Laut (Saujana)

2. Balai Komuniti Kampung Tanjung Adang

Kedua-dua surau sementara ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Pengurusan Masjid Majlis Agama Islam Johor

MPKK dan AJK Surau Bekerjasama

Dalam menjayakan kerja baikpulih ini, beberapa siri perbincangan telah dijalankan bersama AJK Surau Kampung Tanjung Adang. Semoga ukhuwah ini sentiasa dilimpahi rahmat.

Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Tanjung Adang

Jemputan Khusus Semua Penduduk Kampung Tanjung Adang & Kampung Sekitarnya Dalam Mukim Tanjung Kupang

Dipersilakan hadir memeriahkan sambutan hari raya pada kententuan dibawah:

?23 Jun 2019 | Ahad
⏰ 9.00 pagi
? Perkarangan Surau Kampung Tanjung Adang

Tema: Pakaian Hari Raya.

Kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka ini.

Pengerusi MPKK
Kampung Tanjung Adang
Mohd Ramzan Johari

Tuntutan Bersalam

Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam” (Muwatta No: 1685) Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim

2. Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka)

3. Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika saling bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat

4. Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaknya kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih hangat kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ

Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan. (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.

5. Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.

6. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Tuntutan Kepada Orang Beriman

Tuntutan Kepada Orang Beriman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

2. Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

3. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).

4. Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri.

5. Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan tali persaudaraan dan menyambungkan silaturahim.

Ambillah peluang sempena Syawal untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat handai melalui kunjung-mengunjung sesama kita. Jadikanlah tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Menjalinkan Ukhuwah

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, “Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; ‘Hendak pergi ke mana kamu? ‘ Orang itu menjawab; ‘Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.’ Malaikat itu terus bertanya kepadanya; ‘Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ‘ Laki-laki itu menjawab; ‘Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.’ Akhirnya malaikat itu berkata; ‘Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.’ (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas.

2. Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah.

3. Ziarah dan kunjungi saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.

4. Marilah kita saling mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai khususnya di bulan Syawal. Tidak perlu kita menunggu rumah terbuka. Carilah ruang masa menziarahi saudara-mara, kerabat dan sahabat kita sebagai tanda kita mengasihi mereka.

5. Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.

6. Semarakkan Silaturahim dan Ukhuwah Bagi Memacu Perubahan Masyarakat dan Negara ke arah Malaysia Yang Lebih Baik.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Amalan Di Hari Raya

Amalan Di Hari Raya

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, “Pada hari Raya Aidil kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut.” (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hari Raya Aidil Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.

3. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid)

Antara amalan lain Rasulullah SAW di pagi hari raya

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya.” (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Saling bersedekah itu sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuk pemberian duit raya kepada orang yang lemah dan kanak-kanak.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Hari Raya Aidilfitri 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّاوَمِنْكُمْ

Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir & Batin ikhlas dari kami.

Bantahan Terbuka Ibu Bapa Kepada Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Saya dengan ini menyatakan pendirian bahawa saya

MEMBANTAH

Keputusan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Kami, para ibubapa pelajar – pelajar SK Pendas Laut, Gelang Patah, Johor ingin menyatakan rasa hampa dan tidak puas hati kami terhadap PPD Johor Bahru yang telah mengarahkan pertukaran keluar guru EN. Abdul Muiz Bin Hussin berkuatkuasa 1 April 2019.

Gambaran besarnya, pertukaran tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap perlajar-pelajar SK Pendas Laut kerana guru berkenaan telah berjaya meningkatkan semangat belajar anak-anak kami. Malah, kehadiran dan kehebatan beliau telah meningkatkan jumlah pendaftaran pelajar-pelajar baru di sekolah ini.

Guru berkenaan amat aktif melaksanakan pelbagai program dan aktiviti menarik yang ternyata telah menyuburkan minat belajar anak-anak kami.

Kekecewaan kami amat jelas  Anak-anak kami baru menikmati pendidikan yang menarik. Semangat belajar mereka baru sahaja dibangkitkan oleh guru tersebut. Kini PPDJB merampas seorang penggerak yang bervisi, kreatif dan berfikiran diluar kotak dari SK Pendas Laut. Kami bimbang dan risau akan berlaku anti-klimaks dalam proses pembelajaran anak-anak kami, PPDJB perlu bertanggungjawab sekiranya ia berlaku.

Kami minta agar pihak KPM turun padang untuk berjumpa kami dan bukannya Guru Besar ataupun PPDJB untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tetang prestasi dan jasa guru berkenaan. Akhirkata, kami merayu agar dikembalikan guru berkenaan ke SK Pendas Laut

Terima Kasih,

Ramzan Johari