6 Tahun Lepas

Sekejap je masa berlalu.

Mase ni x la kurus sangat. Tapi badan dah start kembag wakakak. Masa start kerja Kat Kampung berat badan baru 58kg. Dan mmg tgh fit. Tiap tiap petang 20 pusingan jogging kat Bukit Indah. Sekarang 89kg. Terbalikkan jer figure kat atas. Lebih kurang sama.
La ni seround pun dah x boleh. Cam nak tercabut lutut ni ha.  Happy tetap happy. Tengok badan dah kembang sekarang. Sape nak naik kan berat badan meh PM minta tips
Heheheh

Marketing Innovative Product

Hari ni diamanahkan oleh ahli kumpulan “Geng Kucing” untuk bentangkan hasil carian kami mengenai produk innovasi yang terdapat dipasaran.

Hari ni ntah kenape Mc book ni buat hal. Dia bagi projection terbalik. Kesian kawan kawan kecikkan mata nak tengok slide.
Tq pada kawan kawan sebab tak tanya soklan yang susah susah

Budaya Kita

Menanti Jawapan
Jenuh juga seharian menanti nak dapat respon dari kaji selidik yang dibuat. Maklumlah kita bukan org ade ade heheheh sehari sampai kena ban ngan Facebook Sebab banyak sgt hantar message kat org.
Try juga buat guna Facebook Ads, tapi setakat ni view nye ramai. buat sorang pun belum ada lagi. Sabar separuh dari iman. Itulah yang jadi pegangan. Fuh… lama lagi la cam ni baru leh dapat feedback.
Mencari 30 orang macam nak cari 300 orang, macam mana kalau nak cari 300 orang lepas ni ye. mungkin belum sampai sampai lagi tahap tu budaya kita. moga suatu hari nanti kita lebih mesra untuk menjawab kajian 🙂 dulu aku pun cam tu gak malas nak jawab kajian orang. sekarang ni amek ko… orang plak malas nak jawab kajian aku.
Sabar Ramzan, ade hikmahnye.. sikit je lagi… 
Lepas ni yok kita main ngan spss lak… 
Kalau korang ade mase, meh le jawab survey ni.. Klik Sini

PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

BORANG KAJI SELIDIK
TAJUK KAJIAN: 

Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan “Facebook Page” di Kalangan SME ( IKS )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan “Facebook Page” bagi sesebuah organisasi serta menkaji kesan – kesan penggunaannya.
Sila jawab semua soalan di dalam borang kaji selidik yang telah disediakan. Prosess ini akan mengambil masa 10 minit sahaja untuk disiapkan.
Saya berharap tuan/puan dapat memberikan jawapan yang ikhlas dan benar untuk saya menyempurnakan kajian ini dengan jayanya.
Segala maklumat yang diberikan oleh organisasi tuan/puan adalah sulit dan ianya hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.
Kerjasama daripada organisasi tuan/puan, serta masa yang akan diluangkan dalam memberikan jawapan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Oleh:
Mohd Ramzan Bin Johari
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
Fakulti Pengurusan
Universiti Teknologi Malaysia
+60167707080

ramzanjohari.mrj@gmail.com
Sila klik pada pautan dibawah untuk mula menjawab kaji selidik ini.

5 Soalan Imam Al-Ghazali

Nasihat Imam Al-Ghazali​

  1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
  2. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
  3. Apa yang paling besar di dunia ini?
  4. Apa yang paling berat di dunia ini?
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Kemudian Imam Al Ghazali bertanya, pertama,“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu.

Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Kemudian, Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Al-Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (Al A’Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”.Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”.Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Karena melalui lidah, manusia dengan senang menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Credit: duyung.net

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

WordPress

Linkedin


Instagram


Whatsapp

Maksud Al-Fatihah

Makna Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Follow me on my media social


Facebook


Twitter


Google-plus

WordPress

Linkedin


Instagram


Whatsapp