Cara Terbaik Berinfak

BAGAIMANA 4 CARA CARA TERBAIK UNTUK BERINFAK?

Sebaik-baik Infak Ialah

عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu Asma` dari Tsauban ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkan untuk keluarganya, untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah, dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang di jalan Allah.” (HR Muslim No: 1660) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sebaik-baik harta atau wang ringgit yang keluarkan oleh seseorang adalah untuk keperluan berikut:

a. Harta yang dikeluarkan untuk membiayai ahli keluarga

b. Harta yang dikeluarkan untuk keperluan ternakan yang dipelihara

c. Harta yang dikeluarkan untuk kepentingan membela agama Allah (seperti untuk pembiayaan pembelajaran, pembiayaan pembinaan masjid, zakat, wakaf dan sebagainya)

d. Harta yang dikeluarkan untuk mereka yang berperang di jalan Allah

2. Abu Qilabah berkata; Beliau memulai pemberian harta dengan keluarganya terlebih dahulu kerana keutamaan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak, ibu bapa serta

Bagaimana Cara Menjemput Rezeki

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan).” (HR Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara kebahagiaan seorang ialah apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat.

2. Saling berkasih sayang dituntut dalam menjaga hubungan silaturahim khususnya dengan ahli keluarga seperti kedua ibu bapa, adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu dan lain-lain.

3. Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim:

a. Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b. Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal soleh).

Marilah kita memelihara hubungan silaturahim dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

Kenapakah Doa Kita Tidak Dimakbulkan

KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN?

Dua Sebab Doa Tidak Makbul

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

Dari Jabir RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau memutuskan hubungan kekerabatan.” (HR Tirmizi No: 3303) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berdoa dituntut kepada setiap Muslim

2. Allah memperkenan doa apa yang dipohon oleh seseorang atau dengan cara menolak keburukan darinya dengan syarat:

a. Tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa
b. Tidak memutuskan hubungan silaturahim sesama kerabat

Hindarkanlah diri dari berdoa sesuatu yang dosa. Berusahalah mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dengan saudara mara dan kerabat seperti ibu bapa, datuk nenek, adik beradik juga sepupu dua pupu kita.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Setelah Bangun Daripada Tidur

Lepaskan Jerutan Tali Syaitan Ketika Tidur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian ketika dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu syaitan akan mengatakan: Malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak. Jika dia bangun dan berzikir mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. Kemudian jika ia berwuduk maka lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mendirikan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi harinya dia akan bersemangat dan segar yang mententeramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya jadi kotor (merasa tidak segar) dan menjadi malas “. (HR Bukhari, no: 1074) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Syaitan akan sentiasa bekerja untuk menggoda dan menyesatkan manusia pada setiap masa.

2. Pada setiap malam ketika seorang Muslim tidur, syaitan akan membuat ikatan ditengkuk orang yang tidur dengan tiga lapis yang boleh membuat jiwa seseorang kotor dan malas.

3. Rasulullah SAW mengajar cara untuk melepaskan ikatan tersebut:

a. Segera bangun awal sebelum subuh dengan membaca doa

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepada-Nyalah kami dibangkitkan”

b. Bangun membersihkan diri serta berwuduk

c. Lakukan solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat.

4. Orang yang melaksanakan solat sunat sebelum masuk waktu subuh (solat malam) secara umumnya akan melaksanakan ketiga-tiga amalan di atas.

Jangan biarkan tali syaitan itu mengikat kita hingga menyebabkan kita menjadi malas. Pastikan setiap kali bangun tidur, ketiga-tiga tali ikatan dibuka dengan amalan diatas agar kita sentiasa bersemangat dan rajin melakukan amal soleh.

Perlukah Manusia Bersopan Santun Dan Bersifat Malu

Miliki Sifat Santun dan Malu

حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا

Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah ‘azza wajalla.” Saya bertanya, “Sifat apakah itu?” baginda menjawab, “Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu.” Saya bertanya lagi, “Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?” baginda menjawab: “Sejak lama.” Saya berkata, “Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya.” (HR Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:

a. Al-Hilm – santun (tidak mudah marah)
b. Malu

2. Ibnu Allan: Malu adalah sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.

3. Antara bentuk malu:

a. Malu melakukan kejahatan
b. Malu kerana merasa lemah
c. Malu kepada diri sendiri

4. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:

اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ

Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)

Marilah kita miliki sifat hilm (santun/tidak mudah marah) dan malu yang dicintai Allah.

Bagaimanakah Cara Memohon Kad Sihat

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KAD SIHAT JOHOR?

INSENTIF KAD SIHAT JOHOR

Bagi tahun 2019, kemudahan Kad Sihat Johor dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu

Kategori Kad Sihat

  1. Kategori A (Keluarga)
  2. Kategori B (Individu).

Kategori dan manfaat kemudahan Kad Sihat Johor adalah seperti berikut:

*Kategori A – Keluarga:*
》Had pembiayaan *RM500.00* setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk satu keluarga

*Kategori B – Individu:*
》Had pembiayaan *RM200.00* setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk setiap individu

Kegunaan Kad Sihat

Penerima Kad Sihat Johor akan mendapat kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel).

Kadar pembiayaan Kad Sihat Johot akan di pro rata mengikut tempoh bulan dalam setahun. Ini adalah hasil usaha kerajaan Pakatan Harapan dalam meneruskan rakyat supaya lebih teratur dan seterusnya menjamin hak rakyat. Click dan lengkapkan permohonan sekarang.

Daftar dengan menggunakan link dibawah

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

Kelayakan Pemohon

KATEGORI A:

KELUARGA

♦ Pemohon dan pasangan serta anak-anak (berumur 18 tahun dan ke bawah dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia)

♦ Warganegara Malaysia

♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon

♦ Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 4,830.00

♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.

*KATEGORI B:*

INDIVIDU

♦ Pemohon berumur 21 tahun da ke atas

♦ Warganegara Malaysia

♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon

♦ Pendapatan individu sebulan tidak melebihi RM1,500.00

♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.

Daftar dengan menggunakan link dibawah

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

link pendaftaran kad sihat

Updated 22/02/2019:

Salam Semua

Untuk Info

Pendaftaran Kad sihat Johor adalah secara Online.

Jika ada yang Print Borang, isi dan dihantar ke Pejabat Daerah atau Pejabat Dun. Pihak Pejabat Juga perlu isi secara Online. Jika terlalu ramai akan berlaku kelewatan Pendaftaran tersebut.

Oleh Itu, kami syorkan anda semua Daftar secara Online.
Kelulusan juga akan Dibuat secara Online Oleh YB Dun Bahagian.
Sila upload semua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan Kelulusan.

Pihak Pejabat Daerah dan Pejabat Dun Daerah telah dimaklumkan, semua Pendaftaran Secara Online adalah Tujuan memudahkan, kurangkan penggunaan kertas dan Pantas.

Kami Syarikat Maju Sihat membantu anda melalui penyediaan Laman Web, Printed Kad, SOP Claim dan Rujukan Klinik Panel seluruh Johor.

Moga Kad Sihat Johor Ini Bermanfaat untuk Rakyat Johor

Sekian.
Pegawai Khidmat Pemasaran
Maju Sihat Sdn Bhd

Apakah Perkara Yang Merupakan Sebahagian Daripada Iman

Malu Sebahagian Dari Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman”.(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih

Pengajaran daripada hadis:

1. Iman memiliki lebih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang.

2. Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul.

3. Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:

a. Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba.

b. Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.

Ayuh bersifat MALU yang menjadi satu cabang daripada bukti keimanan kita.

Kepada Siapakah Manusia Harus Merasa Malu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Kepada Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Berkata Ibnu Masud: Wahai Rasulullah, kami malu, alhamdulillah. Baginda bersabda: “Bukan itu, tapi malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu mengingati kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (HR Tirmidzi No: 2382). Status: Hadis Hasan

Pengajaran daripada hadis ini:

Mukmin yang benar-benar memiliki sifat malu kepada Allah ialah yang;

a. Menjaga dan memelihara kepala serta seluruh pancaindera di kepala seperti mata, telinga, mulut daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Di samping menjauhi syirik iaitu kepalanya tidak tunduk kepada selain Allah.

b. Menjaga dan memelihara perut daripada makan dan minum sesuatu yang haram dan berdosa.

c. Sentiasa mengingati mati dan bau busuknya tubuh badan apabila mati nanti

d. Meninggalkan perhiasan dunia (tidak bertungkus lumus mencari dunia sehingga melalaikan kehidupan akhirat).

Ayuh kita berusaha memiliki sifat malu kepada Allah dengan menghias diri dengan sifat di atas.