ES Melawat Perak 2018

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2018

Tahun ni tahun pertama Eva Surihani  bersekolah rendah dan juga tahun pertama Ezra Sufi  Bersekolah di PASTI, jadi ni merupakan tahun pertama mereka berdua berpengalaman merasai zaman cuti sekolah bersama.

Tahun ni, papa dan mama ade sediakan sedikit budget untuk bawa anak- anak bercuti keluar Johor. Cadangan awal papa dan mama nak bawak ES ke Pulau Pangkor. Lepas dibincangkan kami tukar plan untuk ke daratan sahaja, makanya kami pilih Ipoh dan Taiping sebagai lokasi percutian kami.

Hari Pertama ( 20 March 2018) , Kami mulakan perjalanan Kuala Lumpur terlebih dahulu, bawa ES berjumpa Nenda dan Mak Ucu, Malam tu kami menginap di rumah nenda. Maka bemulalah mimpi ngeri untuk Kiki & Lala (Kucing Nenda). Kena buli je kucing tu dengan ES. Malam tu kami tidur sekitar jam 11 sebab esok pagi kami nak mulakan perjalanan ke Perak.

Hari Kedua (21 March 2018), Rutin biase bila ES jumpe Nenda, pagi mesti ajak sarapan di Old Town White Coffee, makan telur separuh dan masak ngan roti bakar, sekitar jam 10.30 kami mulakan perjalanan ke Perak. Alhamdulillah, perjalanan lancar. selebihnya biala la gambar dan video memberi gambaran betapa happynya ES bercuti di Negeri Perak.

Maaf gambar lambat sikit masuk ye… nantikan updatenye nanti ye…. huhuhu

Tempat Tempat Menarik Sekitar Ipoh dan Taiping, Perak Darul Ridzuan 2018

Tempat Tempat Makan Menarik Dan Sedap Sekitar Perak dan Selangor 2018

Tempat Penginapan Budget Seisi Keluarga Sekitar Ipoh dan Taiping

1. Cititel Express Hotel, Ipoh

Dapatkan diskaun 10% dari harga asal dengan membuat tempahan hotel anda dengan menggunakan pautan dibawah; www.booking.com   (Klik sini ye)

2. Legend Inn Hotel, Taiping

Dapatkan diskaun 10% dari harga asal dengan membuat tempahan hotel anda dengan menggunakan pautan dibawah; www.booking.com   (Klik sini ye)

Kelas Kek Marbel Bersama ES

Kelas Kek Bersama ES

Resepi Kek Marbel Mudah

Dah lama tak buat kek ni, terasa nak buat kek plak dengan isteri dan anak anak.

Kelas minggu ni kami buat kek marbel, jadi boleh la si kecil kami main main buat kek.

bila dah siap askar kami pun makan lah kek yang dia masak tu…

Senang je resepi kek ni,

Satu Adunan:

1 cawan butter 
3 suku cawan gula kastor
3 biji telur ayam
1 stgh cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
1 sudi kecil esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.
 
berat lepas siap 300 – 450 gram gitu,
 
kalau guna loyang besar buat dua adunan, baru cantik kalau tak nipis jadinya…
 
Masak dengan api atas bawah selama 45 minit dengan kepanasan 175 darjah ye…