PERMOHONAN BANTUAN SEGERA PERUBATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Bantuan segera perubatan ini adalah kepada mereka yang terjejas pendapatan serta bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Permohonan bantuan ini dikhususkan kepada bantuan perubatan yang memerlukan pembiayaan atau rawatan segera bagi menjaga Maqasid Syariah.
Jenis bantuan yang ditawarkan :
Bantuan Pembedahan Fistula
Bantuan Dialisis
Bantuan Perubatan Pelbagai (Pembelian pampers, susu dan kos perubatan sahaja.
Syarat kelayakan permohonan bantuan segera perubatan:
Beragama Islam.
Warga negara Malaysia
Hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
Berpendapatan bulanan tidak mencukupi Had Al Kifayah.
Tidak mempunyai wang simpanan.
Disahkan oleh Pegawai Perubatan daripada hospital kerajaan menghidap penyakit yang memerlukan rawatan.
Bantuan ini diutamakan kepada individu yang layak sahaja dan yang tidak menerima bantuan kewangan bulanan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Borang Permohonan (Online) Mengikut Daerah:
Pemohon perlu memiliki akaun e-mel yang didaftarkan di google mail (gmail) bagi kemudahan borang permohonan tersebut.
Tulisan ini bukan Hebahan Rasmi hanyalah sekadar maklumat dari penulis.
Hebahan Ini adalah untuk maklumat penduduk di DUN Kota Iskandar Sahaja.
Jika Tuan/Puan berada selain di DUN Kota IskandarSila rujuk kepada Pusat Khidmat DUN berhampiran tempat tinggal anda untuk Buat Permohonan.
Kerajaan Negeri Johon telah melancarkan bantuan kepada rakyat Negeri Johor yang terkesan akibat wabak pendamik COVID-19 ini. Bantuan ini dinamakan Bantuan Ihsan Johor
Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM 250 – RM 500 mengikut kriteria yang yang telah ditetapkan.
Kumpulan sasaran adalah seperti berikut:
Sila hubungi wakil Pusat Khidmat DUN atau Ajen-ajen yang terdekat untuk membuat Permohonan:
Pegawai Pusat Saluran Bantuan Ihsan Covid 19 DUN Kota Iskandar : Klik Sini
Senara Nama Ketua Kampung Daerah Johor Bahru : Klik Sini
Senari Nama Penghulu Parlimen Iskandar Puteri : Klik Sini
Jika anda bukan penduduk DUN Kota Iskanda , Sila rujuk ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tempat tinggal anda untuk membuat permohonan.
Secara ringkas, maklumat yang diperlukan adalah seperti beriku:
Maklumat Ketua Isi Rumah / Pemohon
Nama : No Kad Pengenalan : No Tel: Status Perkahwinan: Tarikh lahir : Negeri kelahiran :
Alamat Lengkap:
Maklumat Pekerjaan Pekerjaan : Pendapatan:
Maklumat Pasangan Nama: No Kad Pengenalan: No Tel:
Maklumat Akaun Bank
Nama Bank: No akaun:
Tanggungan Pemohon:
Jumlah tanggungan:
Hantar Borang yang lenagkap kepada Pusat Khidmat DUN
Salurkan Sumbangan Anda Kepada Yang Memerlukan
JOHOR BAHRU, 17 April – Kerajaan Negeri Johor akan memberikan bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pemberian bantuan yang turut meliputi golongan M40 itu akan dilaksanakan mulai minggu depan.
“Bagi melaksanakannya, pusat maklumat Ihsan Johor memerlukan setiap pemohon untuk menyatakan latar belakang sama ada mereka bekerja sendiri, diberhentikan kerja atau mempunyai tanggungan ramai.
“Berdasarkan maklumat yang dibekalkan ini, mereka akan diberi pemarkahan untuk melayakkan mereka menerima RM250 ataupun satu jumlah yang lain,” katanya dalam bicara berhubung Inisiatif Johor Memerangi COVID-19 yang disiar secara langsung menerusi laman Facebook rasmi UMNO Online, hari ini.
Hasni berkata setiap pemohon juga diperlukan menyatakan kaedah bantuan tersebut disampaikan bagi memudahkan pihaknya melaksanakan pemberian tersebut.
“Ini termasuk sama ada mahu kami (Kerajaan Negeri Johor) buat melalui akaun-akaun bank yang dimaklumkan ataupun sekiranya tidak mempunyai akaun bank, mereka bolehlah berurusan dengan Pejabat Daerah melalui penghulu atau ketua kampung untuk mereka menerima bantuan yang ditetapkan,” katanya.
Menurut beliau, bagi menjaga kebajikan golongan peniaga kecil seperti pengusaha Bazar Ramadan pula, pihaknya turut akan menyediakan geran galakan sebanyak RM200 seorang kepada golongan terbabit bagi memastikan mereka berupaya memasarkan produk secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Untuk membantu mereka, kerajaan negeri telah melantik dua syarikat yang akan menyediakan platform untuk berniaga dalam talian. Setiap syarikat ini akan membantu dari segi aspek pemasaran dengan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya peniaga ini dapat terus berniaga di kawasan masing-masing.
“Maklumat mengenainya (geran dan penyedia platform niaga dalam talian) boleh diperoleh daripada laman sesawang PBT masing-masing. Mereka juga akan dihubungi oleh penyedia platform ini kerana mempunyai data pendaftaran bersama PBT,” katanya. – BERNAMA
BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’ OLEH Jabatan Kebajikan Masyarakat – DI BAWAH TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA
Bantuan khas bekalan makanan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KAEDAH PERMOHONAN –
Ketua keluarga / individu perlu MEMOHON SENDIRI kepada JKM melalui cara berikut;
Hubungi Talian Kasih di nombor 15999 atau WhatsApp di nombor 019 261 5999.
Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah (8:30 pagi – 5:30 petang). No. telefon JKM negeri adalah seperti berikut;
Wilayah Tengah SELANGOR – 03 5545 8570 WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA – 03 2612 4060
Wilayah Selatan NEGERI SEMBILAN – 06 765 9332 MELAKA – 06 232 4670 JOHOR – 07 228 1450
Wilayah Utara PERLIS – 04 973 1926 KEDAH – 04 700 1700 PULAU PINANG – 04 650 5257 PERAK – 05 254 5505
Wilayah Pantai Timur KELANTAN – 09 741 6925 TERENGGANU – 09 630 1193 PAHANG – 09 565 0226
Wilayah Malaysia Timur (Borneo) WP LABUAN – 087 424 961 SABAH – 088 234 202 SARAWAK – 082 443 194
Maklumat yang diperlukan –
Nama Penuh
No Kad Pengenalan
Alamat Rumah
Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan).
JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.
KAEDAH SERAHAN –
Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.
Ketua Kampung Mukim Tanjung KupangPenghulu Daerah Johor BahruKetua Kampung Mukim BandarKetua Kampung Mukim TebrauKetua Kampung Mukim TebrauKetua Kampung Mukim PulaiKetua Kampung Mukim PulaiKetua Kampung Mukim Sungai TiramKetua Kampung Mukim Sungai TiramKetua Kampung Mukim JelutungKetua Kampung Mukim PlentongKetua Kampung Mukim PlentongKetua Kampung Mukim Plentong
20 Feb 2020, Rabu, Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar. Alhamdulillah dan syukur diberi kesempatan mewakili AJK Surau Kampung Tanjung Adang menerima sumbangan sebanyak RM 5,000 yang disampaikan oleh YB Sr. Dzulkefly Ahmad, Exco Perumahan Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor dan Adun Kota Iskandar di Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar.
Mewakili pihak Surau Kampung Tanjung Adang kami merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatinan YB atas mempertimbangkan permohonan ini.
AJK surau dalam cadangan membina sebuah mimbar bagi mengantikan minbar sedia ada yang usang.
Sebelumnya Surau Kampung Tanjung Adang siap di tambahbaik pada bulan Desember 2019, bernilai RM 200,000 oleh KPLB juga merupakan hasil perbincangan YB dengan MPKK Kampung Tanjung Adang semasa beliu memegang potfolio Exco Luar Bandar Negeri Johor.
Semoga Kampung Tanjung Adang terus membangun seiring pembangunan sekitarnya.