Permohonan Bantuan “Bakul Makanan” – PKP CoVID-19

BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’ OLEH Jabatan Kebajikan Masyarakat – DI BAWAH TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA

Bantuan khas bekalan makanan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • KAEDAH PERMOHONAN –

Ketua keluarga / individu perlu MEMOHON SENDIRI kepada JKM melalui cara berikut;

  1. Hubungi Talian Kasih di nombor 15999 atau WhatsApp di nombor 019 261 5999.
  2. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah (8:30 pagi – 5:30 petang). No. telefon JKM negeri adalah seperti berikut;

Wilayah Tengah
SELANGOR – 03 5545 8570
WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA – 03 2612 4060

Wilayah Selatan
NEGERI SEMBILAN – 06 765 9332
MELAKA – 06 232 4670
JOHOR – 07 228 1450

Wilayah Utara
PERLIS – 04 973 1926
KEDAH – 04 700 1700
PULAU PINANG – 04 650 5257
PERAK – 05 254 5505

Wilayah Pantai Timur
KELANTAN – 09 741 6925
TERENGGANU – 09 630 1193
PAHANG – 09 565 0226

Wilayah Malaysia Timur (Borneo)
WP LABUAN – 087 424 961
SABAH – 088 234 202
SARAWAK – 082 443 194

  1. Maklumat yang diperlukan –
    1. Nama Penuh
    2. No Kad Pengenalan
    3. Alamat Rumah
    4. Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan).

JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.

  • KAEDAH SERAHAN –

Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Leave a Reply