Jagalah Lidah dan Tulisan Kita

Istiqamah Jaga Lidah

عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا

Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang menjadi soleh juga kufur.

2. Semua anggota tubuh manusia akan tunduk dan mengikuti amalan lidahnya.

3. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, maka seluruh anggota seseorang itu akan mengikuti amal ketaatan hingga ia selamat di sisi Allah.

4. Lisan yang tidak dijaga malah menjadi kebiasaan mengumpat dan memfitnah, maka seluruh anggota lain akan mengikuti perbuatan itu berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

5. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf/50:18]

Ayuh jaga lidah dan istiqamah dengan amal baik agar anggota lain juga menjadi baik.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

1 year ago
Apakah Kelebihan Berpuasa Sunat Arafah?

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Semoga Kita Menjauhi Sifat Sifat Buruk Ini

Mukmin Tidak Bersikap Buruk

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Jangan Mudah Mengeluarkan Kata Kata Kesat

Mukmin Tidak Akan Melaknat

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَكُونُ ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Berkualitikah Sedekah Jariah Kita? Cuba Semak

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Perkara Perkara Yang Dilarang Kepada Meraka Yang Hendak Berkorban

Larangan Memotong Kuku dan Rambut Peserta Korban

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Manfaat Berkasih Sayang Kerana Allah Serta Balasan Di Akhirat Nanti

Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ... See more

Mohd Ramzan Johari - BLOG

1 year ago

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in ... See more

1 year ago
Apakah amalan yang disukai Allah pada Hari Raya Aidil Adha?

Amal Yang Yang Disukai Allah Pada Aidil Adha عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا ... See more

Mohd Ramzan Johari -

1 year ago
Utusan Online

"Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Kita dapat jumpa pun pasal Johor dengan Pahang selalu lawan polo. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo," kata Tunku Hajah Azizah ... See more

1 year ago
Pendas Mariners Cricket Club

Tahniah diucapkan kepada Pelajar pelajar dan Guru guru yang terlibat...

Terima Kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen kerana membiayai perbelanjaan peningkatan prestasi pemain

Sumbangan yang ... See more

Kejohanan Kriket Champion School 2019.

Alhamdulillah, Kejohanan Peringkat Negeri yang pertama disertai.

Pasukan Perempuan SK Pendas Laut (Pendas Cordelia) telah muncul Johan Keseluruhan Kejohanan. ... See more

« 1 of 16 »

Leave a Reply