Kampung Tanjung Kupang

Serba sedikit peristwa peristiwa penting yang berlaku di Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor.
Penerbangan 653 Malaysia Airlines
Ringkasan perampasan
Tarikh
4 Disember 1977
Ringkasan
Tempat
Penumpang
93
Anak kapal
7
Kematian
100 (semua)
Terselamat
0
Jenis pesawat
Pengendali
Asal penerbangan
Destinasi
Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653), sebuah pesawat Boeing 737-2H6 didaftarkan sebagai 9M-MBD (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), jatuh terhempas di Tanjung KupangJohor, di Malaysia pada petang 4 Disember 1977.[1] Ia adalah kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untukMalaysia Airlines, dengan kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.[2][3] Penerbangan ini kelihatan sepertidirampas sebaik sahaja ia mencapai altitud jajap. Keadaan bagaimana perampasan dan seterusnya kejatuhan terhempas terjadi masih belum diselesaikan.

Sebuah Tugu Peringatan Tanjung Kupang telah dibina di sini bagi memperingati peristiwa terhempasnya kapal terbang MAS Malaysia Airlines Flight 653 (Boeing 737-2H6) di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru pada petang 4 Disember 1977 [1]. Seramai 93 penumpang dan 7 kakitangan terbunuh. Kapal terbang ini dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju keSingapura. Antara penumpangnya ialah Menteri Pertanian Malaysia, Dato’ Ali Haji Ahmad, Ketua Pengarah JKR, Dato’ Mahfuz Khalid, dan DutaCuba ke Jepun, Mario Garcia. Juruterbang ialah Kapten G.K. Ganjoor. Beliau ada melaporkan kepada Menara Subang tentang kehadiran ‘perampas kapal terbang’ yang tidak dikenali. Penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang ada mendengar bunyi letupan dan kebakaran di udara. Tidak ada yang selamat dan semua tubuh mangsa hancur berkecai dan tidak dapat dikenali.[2]

Ceritanya ,
Pada 4 Disember1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura. Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempas itu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.
Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua 93 penumpang dan 7 krew penerbangan telah terkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. 

Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian, Dato’ Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. 

Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. 

Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.
Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satu laporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menyatakan bahawa juruterbang dan seorangpegawai penerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. 

Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakan sebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu “No, please, don’t” sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat juga suara seseorang yang tidak dikenali berkata “You bluff us“. 
Terdengar juga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan 450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit

.

Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satu laporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menyatakan bahawa juruterbang dan seorangpegawai penerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakan sebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu “No, please, don’t” sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat juga suara seseorang yang tidak dikenali berkata “You bluff us“. Terdengar juga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan 450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit

Leave a Reply