Mintak harga boleh?

Alhamdulillah… dikurniakan rezeki tahun ni… nak besarkan sikit dapur rumah kami… jadi kami berdua pun plan la cam ner nak buat.. 


Ni layout asal rumah kami…  bahagian depan agak pendek sikit compared ngan rumah- rumah lain. Tapi bahagian tepi ada sedikit ruang yang boleh kami gunakan… tanah sedikit bersegi sbb sebelah jalan…  

Sebelum ni ade panggil member buat sebuat harga utk tambah awning kat depan ngan belakang… kami bincang – bincang mungkin kena defer dulu plan ni…

So kami tgk dulu peluang kami nak betulkan mana – mana kerosakan dan tambah sikit dapur.

Ni la plan kami… dua tiga orang gak kami panggil nak dapatkan sebut harga… alhamdulillah… doakan semoga semuanya berjalan lancar… kalau x jadi masaalah insyaallah minggu seterusnya dah start nak betulkan dapur ni…

Bahagian atas masih seperti asal… tiada perubahan… 

Cara – Cara Pemasangan Wallpaper (PVC Sticker)

4 Step Pemasangan Wallpaper (DIY)

STEP 1: Pembersihan Permukaan

Peralatan diperlukan: scrapper, berus sawang, penyapu, kain, tukul.

  1. Alihkan frame gambar atau apa sahaja yang terdapat atau digantung pada permukaan dinding.
  2. Gunakan kain/berus sawang/scrapper untuk buang segala habuk dan kotoran.
  3. Jika perlu buang segala jenis paku atau screw yang terdapat pada dinding (untuk mendapatkan finishing yang cantik.
  4. Gunakan scrapper untuk buang lebihan simen atau bonjolan kecil bagi meratakan permukaan dinding.

STEP 2: Penyediaan Wallpaper

Peralatan diperlukan: pita pengukur, pisau, gunting, tangga.

  1. Ukur panjang dan tinggi dinding yang hendak dipasangkan wallpaper
  2. Ukur wallpaper yang hendak dipasang
  3. Sebelum potong semak corak dan patern wallpaper tersebut bagi memudahkan ketja kerja penyambungan.
  4. Potong wallpaper mengikut keperluan (lebihkan sedikit bagi tujuan adjustment semasa proses pemasangan)

STEP 3: Pemasangan Wallpaper

Peralatan: Gunting, Pisau, Tangga, Bubble Level (timbang air), plastik sampah, Kain lembut.

  1. Pastikan wallpaper berada dalam keadaan yang betul dari segi corak dan patern ( Jangan sampai terbalik)
  2. Mulakan tambal dari sudut paling tepi ,atas. Gunakan bubble level untuk dapatkan aras yang lurus dan tegak. ( AGAK AGAK PUN BOLEH)
  3. Buka alas gam ( belakang PVC sticker) secara sedikit demi sedikit. Mulakan dari atas terlebih dahulu.
  4. Lekatkan PVC sticker di dinding setelah di betulkan arasnya.
  5. Tekan sedikit PVC sticker agar lekat di dinding.
  6. Buka alas seterusnya dengan tarik ke bawah seterusnya lekatkan wallpaper ke dinding dan pastikan tiada gelembung udara. (Tarik dan tampal semula dengan perlahan lahan jika perlu)
  7. Pastikan aras wallpaper sentiasa dalam keadaan lurus dan tegak untuk mendapatkan kemasan yang cantik.
  8. Selesai untuk kepingan pertama sambung dengan kepingan kedua. Ulang langkah-langkah yang sama tetapi lapping @ tampakan sedikit pada wallpaper yang telah dipasang mengikut kesesuaian dan patern pada kepingan yang pertama tadi. (pvc type pasti akan kecut sedikit selepas pemasangan selepas 2-3 minggu)
  9. Akhir sekali, potong lebihan wallpaper menggunakan pisau tajam bagi mengelakkan PVC koyak
  10. Buangkan alas belakang ke dalam plastik sampah (bahaya sebab ia licin)

STEP 4: KEMASAN.

Peratan: Tangga, Pisau, Jarum, gam

  1. Trim hujung atau lebihan lebihan wallpaper menggunakan pisau tajam
  2. Gunakan kain lembut, lap wallpaper bagi memastikan wallpaper lekat pada dinding. tambah gam jika perlu
  3. Jika terdapat gelembung udara, gunakan jarum dan cucuk pada gelembung udata dan tekan wallpaper sehingga keluar angin tersebut.

PS: ini cara saya dan telah saya gunakan untuk pasang wallpaper di rumah saya. Semoga anda mendapat idea dan menambah baik cara pemasangan ini ye…

Selamat mencuba

 

Mana nak beli wall paper murah?

saya dan isteri beli kat Kaison Aeon Tebrau dan Edayu Mustafa kat Uda

Harga mampu milik tapi kat Edayu Mustafa awak boleh tanya kat brother tu… diorg sgt mesra pelanggan

 

Teratak Kami

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah…

Setelah sekian lama dan macam macam proses akhirnya berjaya juga kami dapatkan rumah ni…

Desa Paya Mengkuang… dekat je ngan umah keluarga kami…

Sesi menanggalkan wallpaper lama

Niat hati nak cat semula kawasan ni tapi sebab kesan wallpaper lama ni sangat susah nak tanggal jadi kami buat keputusan tampal wallpaper semula.

Maka bermula la sesi shopping wall paper kat uda. Dekat sejam gak duduk kat kedai wallpaper tu. Nasib baik brother tu ajar cara cara betul nak pasang wall paper. Semudah ABC…

Persiapan Bilik Eva dan Ezra

Requested by Eva ngan Ezra mase first time bawak diorang masuk bilik ni, diorang request nak kan bilik ni warna pink. So, papa ngan mama siapkan la bilik ni dengan warna pink serta wallpaper kegemaran diorang.

Mengecat Ruang Tamu

Gagahkan diri cuba mengecat sendiri rumah ni bersama Cik Nazarina, separuh je siap dah capai telefon cari tukang yang tgh free untuk bantu cat rumah. Ketawa kami laki bini… nampak mudah tapi sbb bkn rutin kami jadi lebih baik kami bagi pada orang yang pandai ngecat untuk sambung mengecat

Berbakti Pada Tanah

 

Alhamdulillah…

Dah nak keluar dah buah bendi yang kami tanam…

Bagus utk org yang ade problem lutut… Dah 2 kali operate lutut ni… semoga ade kebaikan yang boleh diperolehi…

Tanam ni mase bulan puase hari tu… punya la lama nak tnggu dia bebuah… org yang taman ni kurang ilmu tanam sayo… main campak je… jadi makan mase nak tggu dia tumbuh… Eva ngan Ezra bukan main suke lagi tengok pokok bendi dah nak bebuah…

 

JOM BERKEBUN Katenye….

 

Kami Belajar Bersama

Bengkel Membina Laman Web

Assalamualaikum w.h.b serta Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah… RM 20 untuk menimba ilmu zaman la ni tersangatlah murah…

Terima kasih diucapka pihak penganjur dan penaja ( Yayasan Penyayang MBJBT ) atas program ni. BMW katenye.. ?

Topik yang diajarkan hari ni berkisarkan pembinaan laman web dengan menggunakan blog sebagai platform.

Bagi newbie cam kami ni sangat la bermakna…

Cikgu ajar kami cube duk fahamkan… sbb x de handout dalam kelas ni jadi Cik Isteri jadi penulis nota saya cuba duk faham step by step…

Masa berlalu pantas… step-step yang diajar tu sgt membantu… walaupun sebahagian dari kelas ni semua muka muka pakcik makcik ( kami ler)… segelintir je yang muda mudi… tapi pickup kami kire boleh tahan la…

Cukup sampai disini….

Isteriku Kuat Berusaha

Zarine Erina ni rajin orangnye, dia setup company dia sendiri (ESNR Trading) utk majukan diri dia sendiri. Sikap peniaga dia mmg susah nak dipisahkan. Dia juga merupakan accountant rasmi Ramzan Johari. Dia jual baju baju muslimah dan baju kanak kanak. Dia jual kat Facebook jer. Sebab dah ade komitment baru baru baru ni.
Baju baju ni diperbuat dari cotton. Dan cotton terbaik datang dari Bangladesh. Pelbagai jenis baju dia jual. Nak ckp pun tak tau sgt. Tgk tgk la kat FB atau Page.
Dia slalu gak bagi bagi hadiah kat customer dia. Harga baju dia jua mmg sgt mampu milik. Sebagai suami aku bangga dia mampu berusaha sendiri.
Satu lagi projek yang dia buat ialah hidupkan semula tradisi memasak telur pindang. Resepi Tok Epet bagi masa kami nak kahwin dulu kami guna utk masak telur pindang ni. Dia jual telur pindnag pun kat Facebook je 
Bermula projek ni bila aku belajar pasal facebook marketing ngan Sifu Azid. Dari belajar tiba tiba jadi pendapatan tambahan. Alhamdulillah x berhenti orang order tiap tiap bulan.
Cukup untuk post kali ni. Nanti sambung lagi. ?

6 Tahun Lepas

Sekejap je masa berlalu.

Mase ni x la kurus sangat. Tapi badan dah start kembag wakakak. Masa start kerja Kat Kampung berat badan baru 58kg. Dan mmg tgh fit. Tiap tiap petang 20 pusingan jogging kat Bukit Indah. Sekarang 89kg. Terbalikkan jer figure kat atas. Lebih kurang sama.
La ni seround pun dah x boleh. Cam nak tercabut lutut ni ha.  Happy tetap happy. Tengok badan dah kembang sekarang. Sape nak naik kan berat badan meh PM minta tips
Heheheh