Cara – Cara Pemasangan Wallpaper (PVC Sticker)

4 Step Pemasangan Wallpaper (DIY)

STEP 1: Pembersihan Permukaan

Peralatan diperlukan: scrapper, berus sawang, penyapu, kain, tukul.

  1. Alihkan frame gambar atau apa sahaja yang terdapat atau digantung pada permukaan dinding.
  2. Gunakan kain/berus sawang/scrapper untuk buang segala habuk dan kotoran.
  3. Jika perlu buang segala jenis paku atau screw yang terdapat pada dinding (untuk mendapatkan finishing yang cantik.
  4. Gunakan scrapper untuk buang lebihan simen atau bonjolan kecil bagi meratakan permukaan dinding.

STEP 2: Penyediaan Wallpaper

Peralatan diperlukan: pita pengukur, pisau, gunting, tangga.

  1. Ukur panjang dan tinggi dinding yang hendak dipasangkan wallpaper
  2. Ukur wallpaper yang hendak dipasang
  3. Sebelum potong semak corak dan patern wallpaper tersebut bagi memudahkan ketja kerja penyambungan.
  4. Potong wallpaper mengikut keperluan (lebihkan sedikit bagi tujuan adjustment semasa proses pemasangan)

STEP 3: Pemasangan Wallpaper

Peralatan: Gunting, Pisau, Tangga, Bubble Level (timbang air), plastik sampah, Kain lembut.

  1. Pastikan wallpaper berada dalam keadaan yang betul dari segi corak dan patern ( Jangan sampai terbalik)
  2. Mulakan tambal dari sudut paling tepi ,atas. Gunakan bubble level untuk dapatkan aras yang lurus dan tegak. ( AGAK AGAK PUN BOLEH)
  3. Buka alas gam ( belakang PVC sticker) secara sedikit demi sedikit. Mulakan dari atas terlebih dahulu.
  4. Lekatkan PVC sticker di dinding setelah di betulkan arasnya.
  5. Tekan sedikit PVC sticker agar lekat di dinding.
  6. Buka alas seterusnya dengan tarik ke bawah seterusnya lekatkan wallpaper ke dinding dan pastikan tiada gelembung udara. (Tarik dan tampal semula dengan perlahan lahan jika perlu)
  7. Pastikan aras wallpaper sentiasa dalam keadaan lurus dan tegak untuk mendapatkan kemasan yang cantik.
  8. Selesai untuk kepingan pertama sambung dengan kepingan kedua. Ulang langkah-langkah yang sama tetapi lapping @ tampakan sedikit pada wallpaper yang telah dipasang mengikut kesesuaian dan patern pada kepingan yang pertama tadi. (pvc type pasti akan kecut sedikit selepas pemasangan selepas 2-3 minggu)
  9. Akhir sekali, potong lebihan wallpaper menggunakan pisau tajam bagi mengelakkan PVC koyak
  10. Buangkan alas belakang ke dalam plastik sampah (bahaya sebab ia licin)

STEP 4: KEMASAN.

Peratan: Tangga, Pisau, Jarum, gam

  1. Trim hujung atau lebihan lebihan wallpaper menggunakan pisau tajam
  2. Gunakan kain lembut, lap wallpaper bagi memastikan wallpaper lekat pada dinding. tambah gam jika perlu
  3. Jika terdapat gelembung udara, gunakan jarum dan cucuk pada gelembung udata dan tekan wallpaper sehingga keluar angin tersebut.

PS: ini cara saya dan telah saya gunakan untuk pasang wallpaper di rumah saya. Semoga anda mendapat idea dan menambah baik cara pemasangan ini ye…

Selamat mencuba

 

Mana nak beli wall paper murah?

saya dan isteri beli kat Kaison Aeon Tebrau dan Edayu Mustafa kat Uda

Harga mampu milik tapi kat Edayu Mustafa awak boleh tanya kat brother tu… diorg sgt mesra pelanggan

 

Leave a Reply