Malaikat Menunggu Jemaah Solat Di Masjid

SIAPA TUNGGU KITA DI MASJID SETIAP HARI JUMAAT?

Malaikat Menunggu Orang Pergi Solat Jumaat Di Pintu Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ كَانَ عَلَى كُلِّ بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ الْمَلَائِكَةُ يَكْتُبُونَ الْأَوَّلَ فَالْأَوَّلَ فَإِذَا جَلَسَ الْإِمَامُ طَوَوْا الصُّحُفَ وَجَاءُوا يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut) “.(HR Bukhari No. 3211) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menjadi kewajipan setiap lelaki yang akil baligh untuk menunaikan solat jumaat pada setiap hari jumaat.

2. Kita dituntut untuk datang awal ke masjid kerana ganjaran pahala yang berbeza antara orang yang datang awal dengan yang datang lewat. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).” (HR Muslim No: 1403)

3. Ganjaran pahala orang yang datang awal ke masjid tidak sama dengan orang yang datang kemudian.

4. Malaikat mencatat ganjaran pahala setiap orang yang masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan akan berhenti mencatat apabila imam mula berkhutbah.

Ayuh kita bersegera ke masjid untuk solat Jumaat dan semoga nama dan pahala yang besar dicatat dalam catatan malaikat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

COPY AND PASTE

Leave a Reply