Kerja Ku

Juruteknik Penyelengaraan Bangunan

Pusing pusing naik bot cari paip air leaking

Semalam kami satu team menjalankan misi mencari kebocoran pada sistem perpaipan air kapal.


Misi sepatutnya start pagi, tapi owner boat mencari rezeki dan gagal dihubungi. Dia contact semula jam 12 tgh hari. Deal punya deal jam 1 baru dia sampai ke PTP

Ingat dah selesai masaalah. Rupanye kami lupe tengok jadual air pasang surut. Dah tergendala misi mencari bocor. Kena la tunggu air surut. Estimate jam 5 petang

Sementara tunggu jam 5 petang, kawan dari procurement dah arrange site visit dan briefing tuk 6 job. Hilang suara dibuatnye. 2 jam bercakap tak henti dah la cuaca panas.

Habis site visit n briefing jam dah 5.10 ptg. Maka bergegasla kami ke pontoon nak pergi bawah deck mencari paip air yang bocor. Pembaziran mesti dielakkan.


Tengok muka member muka pun dah tau penat… demi tugas kami gagahkan juga walau jam dah menunjukkan 6 petang. 30 minit dah lepas waktu balik. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami balik melebihi waktu kerja biase.

Ceria tetap ceria… misi kami berjaya. 2 kebocoran telah dijumpai. Tunggu masa yang sesuai untuk repair.

Alhamdulillah

 

Leave a Reply