Doa Ketika Hari Hujan

Bacalah doa ini bila bumi dilimpahi nikmat hujan… 

Ubah cara kita..

Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ  

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, 

Allahumma shoyyiban nafi’an

 [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”. (HR. Bukhari no. 1032)

SEMOGA IA MENJADI AMALAN BUAT KITA SEMUA

5 Pekerjaan Yang Pernah Diceburi

Nelayan

Pernah ikut sepupu secara part time masa zaman persekolahan. cuma jadi pembantu dia jer.

Pendapatan permulaan : RM50 – RM60 sehari (bergantung pada banyaknye hasil laut yang diperolehi)

Kepayahan: Medium

Risiko: Medium ( Pastikan life jacket sentiasa ada )

JINATOR Aka Abg Cleaner

Bahasa mudah “cleaner”. Habis belajar kat KUiTTHO sementara tunggu graduasi, dalam 2 bulan cam tu kerja kat Hospital Pakar Puteri dengan kawan baik Faisin Supari.

Pendapatan permulaan: RM 750 sebulan

Kepayahan: Mudah (cuma kerja ikut shift)

Risiko: Ringan

GURU

Mase belajar kat KUiTTHO dulu amek diploma Kejuruteraan Awan serta Pendidikan. So bila short Sem mmg kena buat praktikal.. kena la mengajar kejap. Antara tempat pernah pergi POLISAS N Poli Tanjung Malim

Pendapatan permulaan: RM 0 (nama pun praktikal)

Risiko: Ringan

EXECUTIVE PEMASARAN / TECHNICAL EXECUTIVE

1st Job lepas official graduate dari KUiTTHO. Dua kerja dalam satu masa. Kerja dengan Jinora Corporation. Jual barang barang safety dan buat kerja construction.

Pendapatan permulaan: RM 1800

Risiko: medium

JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN BANGUNAN 

2nd Job dan masih disini Pelabuahan Tanjung Pelepas. Disini bermula dengan hands on work sehingga ke project management. Menimba pengalaman dan menimba ilmu. Ambil peluang selagi mampu.

Pendapatan Permulaan : RM 1560

Risiko: Tinggi ( atas dasar kawasan pekerjaa  berada dalam kawasan berisiko)

Kerja Ku

Juruteknik Penyelengaraan Bangunan

Pusing pusing naik bot cari paip air leaking

Semalam kami satu team menjalankan misi mencari kebocoran pada sistem perpaipan air kapal.


Misi sepatutnya start pagi, tapi owner boat mencari rezeki dan gagal dihubungi. Dia contact semula jam 12 tgh hari. Deal punya deal jam 1 baru dia sampai ke PTP

Ingat dah selesai masaalah. Rupanye kami lupe tengok jadual air pasang surut. Dah tergendala misi mencari bocor. Kena la tunggu air surut. Estimate jam 5 petang

Sementara tunggu jam 5 petang, kawan dari procurement dah arrange site visit dan briefing tuk 6 job. Hilang suara dibuatnye. 2 jam bercakap tak henti dah la cuaca panas.

Habis site visit n briefing jam dah 5.10 ptg. Maka bergegasla kami ke pontoon nak pergi bawah deck mencari paip air yang bocor. Pembaziran mesti dielakkan.


Tengok muka member muka pun dah tau penat… demi tugas kami gagahkan juga walau jam dah menunjukkan 6 petang. 30 minit dah lepas waktu balik. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami balik melebihi waktu kerja biase.

Ceria tetap ceria… misi kami berjaya. 2 kebocoran telah dijumpai. Tunggu masa yang sesuai untuk repair.

Alhamdulillah

 

Last Paper

September 2012 –  September 2017

Alhamdulillah… bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rahmat dan kurnia dapat juga menghabiskan program 5 tahun dengan UTM. Berkat kesabaran dan usaha selamat semuanya.

Semalam merupakan peperiksaan terakahir bagi melayakkan saya bergelar garduan UTM. Bermula September 2012, tamat juga pada bulan September selepas 5 tahun.

Jalan ni sering dilalui bermula tahun 2014 apabila fakulti baru siap dibina… setiap kali hujung minggu disini la tempat saya menuntut ilmu.

Semoga Ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada saya dan dan lain lain…

Mintak harga boleh?

Alhamdulillah… dikurniakan rezeki tahun ni… nak besarkan sikit dapur rumah kami… jadi kami berdua pun plan la cam ner nak buat.. 


Ni layout asal rumah kami…  bahagian depan agak pendek sikit compared ngan rumah- rumah lain. Tapi bahagian tepi ada sedikit ruang yang boleh kami gunakan… tanah sedikit bersegi sbb sebelah jalan…  

Sebelum ni ade panggil member buat sebuat harga utk tambah awning kat depan ngan belakang… kami bincang – bincang mungkin kena defer dulu plan ni…

So kami tgk dulu peluang kami nak betulkan mana – mana kerosakan dan tambah sikit dapur.

Ni la plan kami… dua tiga orang gak kami panggil nak dapatkan sebut harga… alhamdulillah… doakan semoga semuanya berjalan lancar… kalau x jadi masaalah insyaallah minggu seterusnya dah start nak betulkan dapur ni…

Bahagian atas masih seperti asal… tiada perubahan… 

Overtime Hujung Minggu

Bulan ni bulan agak sibuk bagi kami berdua. Sebab dalam proses nak prepare rumah sebelum kami pindah masuk. Adat org bekerja, jadi masa yang ade sebelah malam dan hujung minggu je.

Sambung usaha minggu lepas, minggu ni kami sambung tampal wall paper n touchup cat sesikit.

Buat kerja berdua je… askar 3 org tinggal dengan neneknye… kalau ikut x jadi kerja dibuatnye.

Siap satu panel kami cuba sambung kat tangga… huh… agak susah nak dapat patern yang sama… nak elak banyak buang kami tampal je… nasibla kalau x cantik… tapi ok la hasilnye… 

Kami berdua tengah fikir cam ner nak pasang kat tangga sebelah tu… dah la tinggi…